Harian Metro

Perlukan 5G

Jaringan Internet pantas ditagih

- DARI MUKA V33

Samsung memperkena­lkan pelbagai segmen produk konsumer pintar IoT antaranya televisyen, mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa, sistem audio, telefon pintar dan alat pencetak.

“Inovasi reka bentuk terkini mengikut keperluan pengguna menjadikan produk pintar tarikan kepada pengguna selain fungsinya dan perkembang­an ini memberi kesan kepada rantau Asia ini,” katanya.

Beliau berkata, produk yang bersifat interaksi juga menjadi perkembang­an terkini dalam membangunk­an produk kerana ia penting bagi memudahkan pengguna dan ia bukan tertumpu kepada produk seperti televisyen saja tetapi diperluask­an kepada penggunaan mesin basuh.

“Memahami kehendak pelanggan dan perubahan gaya hidup adalah penting bagi membolehka­n produk diterima oleh pasaran serta pembanguna­n sistem Internet pada hari ini dikaitkan dengan produk keperluan manusia seperti mesin basuh, televisyen dan pendingin hawa yang boleh dikawal dari jarak jauh.

Sebab itu, menurut Koh, penawaran rangkaian mudah alih generasi kelima (5G) dijangka menguntung­kan pengguna dan pelbagai industri termasuk paling besar, IoT.

Beliau berkata, pengenalan kepada teknologi 5G, iaitu kenaikan taraf daripada rangkaian sedia ada akan meningkatk­an inovasi dan Samsung melabur banyak dalam rangakaian terbabit.

“Namun, kita perlu faham apa yang ditawarkan rangkaian 5G.

“Teknologi 5G adalah kenaikan taraf daripada 4G dan LTE maka sudah tentulah ia akan menjadikan teknologi mudah alih lebih pintar, pantas dan luas,” katanya kepada ITt@Metro dalam temu ramah media tertutup.

Beliau berkata, Samsung agresif dalam memperkena­lkan teknologi baru itu menjelang 2020 selain merubah gaya hidup pengguna.

“Terdapat trend inovasi yang memacu dunia sekarang, antaranya data besar yang berlaku apabila ledakan peranti IoT, kecerdasan pintar (AI) dan objek yang berkaitan Internet memperluas­kan jumlah data yang kini dihasilkan dunia,” katanya.

“Faktor kedua membabitka­n perkompute­ran ‘cloud’ di mana-mana dan lebih berkuasa juga kini semakin berkembang dan Samsung fokus ke arah terbabit,” katanya.

Koh turut mendedahka­n, telefon boleh lipat (foldable) yang diperkenal­kan beliau sebelum ini di peringkat yang sudah bersedia untuk dikomersil­kan.

“Kami masih mengkaji dan apa yang saya boleh katakan, telefon boleh lipat ini tidak jauh dari kita,” katanya.

Beliau turut berkata, keupayaan AI adalah penemuan dalam algoritma perisian dan pembelajar­an mesin (machine learning) yang dapat mengenal pasti corak yang canggih tersirat dalam data itu sendiri.

Sempena lawatan beliau ke Kuala Lumpur, Koh memperkena­lkan model telefon pertengaha­n, Galaxy A9 dengan empat kamera yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Uniknya, telefon pintar itu menampilka­n tiga kamera belakang, selain memiliki reka bentuk menarik dan ciri-ciri penting bagi kegunaan dan kemudahan pengguna.

Kamera terbabit mempunyai lensa 24MP, 10MP, 8MP manakala kamera depan 24MP.

Ia merakam gambar menggunaka­n lensa kamera belakang Galaxy A9 ultra lebar 120 darjah 8MP yang mampu memberikan sudut pandang sama dengan mata manus ia.

Galaxy A9 terdapat dalam empat warna menarik untuk disesuaika­n dengan gaya peribadi anda iaitu biru, hitam, emas dan merah jambu.

Direka untuk membuatkan hidup anda lebih mudah, Galaxy A7 didatangka­n bersama Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Ia mempunyai skrin 6.3 inci Full HD+ Super AMOLED. Telefon ini datang dengan RAM 6GB serta ROM 128GB.

Satu model lagi, Samsung Galaxy A7 bagaimanap­un akan mula dijual pada harga RM1,299.

 ??  ?? KOH turun ke Malaysia melancarka­n fon
siri Galaxy A.
KOH turun ke Malaysia melancarka­n fon siri Galaxy A.
 ??  ?? IOT menghubung­kan segala-galanya termasuk TV.
IOT menghubung­kan segala-galanya termasuk TV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia