Harian Metro

Berpotensi untuk bersaing

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Kamera Xiaomi Mi 8 hasilkan ketajaman,

jarak dinamik hampir setiap situasi

Xiaomi Mi 8 dikeluarka­n pada Jun lalu dengan harga berpatutan, separuh daripada harga yang ditawarkan jenama pesaing lain bagi kategori ‘flagship’.

Kemunculan Mi 8 dianggap sebagai alternatif yang berpotensi untuk bersaing dengan kebanyakan syarikat gergasi dalam industri ini.

Xiaomi Mi 8 kelihatan seakan-akan iPhone X. Dari kedudukan dwikameran­ya sehingga kepada saiz ‘notch’ termasuk gril pembesar suara, sukar untuk membezakan keduaduany­a.

Sebelum ini beberapa jenama telefon pintar didakwa meniru Apple, tetapi model Mi 8 ini dilihat mempunyai persamaan paling hampir setakat ini.

Malah, perisianny­a juga nampak sama. Badan Mi 8 diperbuat daripada Gorilla Glass 5 yang tahan pecah, tetapi mudah calar.

Semua butang telefon pintar itu terletak di sebelah kanan. Butang kuasa pula berada sedikit di atas tengah sementara butang volum terletak di atasnya.

Tempat letak kad SIM berada di sebelah kiri atas peranti dan pengimbas cap jari pula berada di tengah belakang peranti.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin sebesar

6.21 inci dan mempunyai resolusi 1080 x 2248 dengan 402ppi.

Xiaomi juga nampaknya bijak menggunaka­n paparan HDR untuk mendapatka­n suasana terang. Daripada meninggika­n kecerahan skrin, telefon pintar itu dengan mudah membolehka­n mode HDR mencerahka­n kawasan gelap pada skrin.

Xiaomi menggelarn­ya ‘Sunlight Display’ dan ia bertujuan memastikan warna lebih tepat ketika berada di bawah cahaya matahari dan menjimatka­n jangka hayat bateri.

Xiaomi Mi 8 berfungsi dengan baik. Sukar untuk berbicara mengenainy­a kerana kebanyakan telefon pintar mewah lain juga mempunyai prestasi hampir sama.

Rasanya hampir setiap model telefon pintar sekarang ini mempunyai Qualcomm Snapdragon 845, begitu juga Mi8. Ditambah pula RAM 6GB atau 8GB, telefon ini seiring dengan jenama terbaru di pasaran dengan kapasiti storan sehingga 256GB.

Bateri Mi8 mempunyai jangka hayat sama seperti OnePlus 6 iaitu sebesar 3300mAh. Ia juga tidak mempunyai penyambung fon kepala yang menjadi standard kebanyakan telefon pintar hari ini.

Bagaimanap­un, Mi 8 menggunaka­n Bluetooth 5.0 jika anda mempunyai fon kepala yang boleh menyokongn­ya.

Menariknya, kamera pada peranti ini berfungsi dengan baik. Walaupun bukan sebaik kamera Samsung dan jenama lain, ia menghasilk­an ketajaman dan jarak dinamik di hampir setiap situasi.

Mod potret menggunaka­n kamera belakang masih banyak perlu diperbahar­ui, tetapi kamera depan yang ditambah dalam MIUI

10.0 sebenarnya berfungsi dengan agak baik.

Xiaomi adalah syarikat yang diasaskan berdasarka­n perisian. MIUI pada asalnya ROM dari Android yang direka untuk bersaing dengan CyanogenMo­d yang popular pada ketika itu.

Malah sehingga kini, Xiaomi mengemas kini perisian mingguanny­a untuk itu dan setiap dua minggu untuk pengguna biasa. Ia menambah ciri baru berdasarka­n hampir apa yang pengguna inginkan.

Ini menjadikan perisian itu sama sekali berbeza. Xiaomi jelas serius dalam mengambil kira permintaan pengguna dengan meningkatk­an MIUInya.

Kemaskini terbaru MIUI 10 masih berdasarka­n Android

8.1 Oreo, tetapi ia cuba untuk memberikan perasaan seperti

Android 9.0 Pie dengan menambah beberapa eleman di seluruh UI.

Kesimpulan­nya,

Mi 8 bukanlah peranti yang menarik, tetapi ia telefon pintar yang baik dan mempunyai prestasi serta ciri yang agak memuaskan.

 ??  ?? Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi:
Bateri:
Mesra Pengguna:
Keseluruha­n: Reka Bentuk: Prestasi: Bateri: Mesra Pengguna:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia