Harian Metro

Usah berdiam diri!

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Pengalaman menjadi mangsa buli siber mendorong Miss Universe Malaysia, Jane

Teoh berkongsi pengalaman­nya menerusi penyertaan dalam kempen #DareToShou­t yang diadakan sempena sambutan Hari Mental Sedunia di HELP University, baru-baru ini.

Jane yang menjadi seorang daripada empat panel undangan berkata, penyertaan­nya dalam program itu bertujuan memberi kesedaran kepada belia mengenai kebimbanga­nnya terhadap jenayah buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini.

Katanya, jika keadaan itu tidak dibendung, mangsa terutama generasi muda akan cenderung mengikut perasaan melakukan perkara di luar kawalan kerana gagal mengawal emosi.

“Saya perhatikan, segelintir generasi muda kini terlalu memikirkan pandangan individu sekeliling terhadap mereka dan keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengganggu emosi seterusnya memberi impak negatif pada kemudian hari.

“Saya sendiri pernah melalu keadaan itu kesan daripada komen negatif diterima di laman sosial dan faham apa yang dilalui mangsa.

“Atas rasa tanggungja­wab, saya rasa terpanggil untuk mendekati belia bagi mendengar keluhan, membantu mereka menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai isu ini dan pada masa sama mencari jalan penyelesai­an bagi menanganin­ya,” katanya.

Oleh itu, Jane berharap anak muda kini lebih berani dan terbuka untuk berkongsi masalah terutama sekiranya menjadi mangsa buli siber.

“Kebanyakan mangsa memilih untuk berdiam diri kerana berasakan tiada siapa peduli dengan apa yang mereka hadapi.

“Sedangkan, mereka perlu mencari penyelesai­an dengan mendapatka­n bantuan daripada rakan, keluarga atau kaunselor.

“Kesedaran ini perlu ada dalam diri dan paling penting, mereka perlu tahu bahawa laman sosial boleh memberi impak negatif jika disalahgun­akan,” katanya yang akan mengikuti siri ceramah di beberapa sekolah terpilih di Pulau Pinang.

Sementara itu, kaunselor dan pensyarah Pusat Psikologi dan Khidmat Kaunseling HELP University Sarah Yung berkata, jenayah buli siber boleh berlaku terhadap sesiapa dan banyak faktor boleh menjadi punca kepada masalah berkenaan.

“Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, tidak hanya belia tetapi sesiapa saja boleh menjadi sasaran seterusnya menjadi mangsa buli siber.

“Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dan salah satunya dengan memberi sokongan moral kepada mereka yang menjadi mangsa.

“Kerjasama semua pihak pastinya membantu dalam menangani masalah ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Selain Jane dan Sarah, penyampai radio Fly FM,

Ili Ruzana serta penyanyi dan pelakon, Ruby Faye turut diundang sebagai panel jemputan dalam kempen kesedaran itu yang dianjurkan HELP University dengan sokongan Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) dan

Salad Atelier. Turut hadir, Pengarah Kebangsaan MUMO Datin Elaine Daly.

 ??  ?? JANE berkongsi pengalaman­nya ketika diundang sebagai ahli panel kempen #DareToShou­t di HELP University.
JANE berkongsi pengalaman­nya ketika diundang sebagai ahli panel kempen #DareToShou­t di HELP University.
 ??  ?? JANE (dua dari kiri) bersama Ili Ruzana (kiri), Sarah Yung (dua dari kanan) dan Ruby Faye.
JANE (dua dari kiri) bersama Ili Ruzana (kiri), Sarah Yung (dua dari kanan) dan Ruby Faye.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia