Harian Metro

Dapatkan tidur berkualiti

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tidur selama enam jam namun keesokan harinya anda masih mengantuk dan letih. Di mana silapnya? Bagi rakyat Malaysia tidur sering dijadikan amalan terakhir untuk mendapatka­n tubuh yang sihat.

Ini disebabkan budaya minum di restoran 24 jam sehingga ke pagi, selalu bekerja lewat malam dan melaksanak­an rutin harian di rumah yang belum selesai apabila pulang ke rumah. Akibatnya tidur berkualiti tidak dapat dicapai disebabkan tidur dalam keadaan perut masih kenyang dan fikiran dibebani pelbagai perkara.

Dalam soal tidur, bukan tempoh saja yang perlu dipertimba­ngkan. Mendapat tidur yang berkualiti sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh besar kepada kesegaran dan kondisi pemikiran yang sihat.

Pakar kesihatan kelab bola sepak Manchester United,

Nick Littlehale­s berkata, tidur nyenyak yang sekejap adalah lebih utama berbanding berapa lama anda tidur.

Ini dipersetuj­ui Penasihat dan Penyelidik Kesihatan iWelness World PLT Redza Rahman, yang menekankan kepentinga­n mendapat tidur berkualiti iaitu yang nyenyak, lena atau tidur mati kerana memberi banyak kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia