Harian Metro

Perlu lalui 5 fasa

- DARI MUKA H51

Tidur nyenyak dapat merehatkan fikiran, memperbaik­i dan memulihkan sel badan dalam erti kata yang lebih mudah tidurlah untuk sihat dan cantik. Ujar Redza, kita hanya memerlukan 20 hingga 30 peratus daripada tempoh tidur untuk tidur yang nyenyak. Pada asasnya ketika tidur, individu akan melalui beberapa fasa iaitu:

1. Mengantuk

Pada peringkat ini individu memerlukan masa lima hingga 10 minit sebelum masuk ke peringkat seterusnya. Fasa ini juga dikaitkan dengan minda bawah sedar dan ada sesetengah mereka menggunaka­n tahap ini untuk mendapatka­n idea kerana dikatakan pemikiran kreatif dan kritis hadir pada peringkat ini.

2. Tidur ringan atau tidur-tidur ayam

Pada peringkat ini anda baru saja tertidur dan biasanya mengambil masa 20 minit saja. Ketika ini suhu badan berkurang manakala degupan jantung semakin perlahan.

3. Tidur pertengaha­n

Otak akan menghasilk­an gelombang delta secara perlahan dan memberikan isyarat kepada badan untuk tidur sepenuhnya.

4. Tidur nyenyak

Tidur berkualiti ketika ini hanya memerlukan 20 hingga 30 peratus saja daripada keseluruha­n masa tidur, keadaan apabila anda sedang tertidur lelap dan fasa anda tidak mungkin bermimpi.

5. Tidur mimpi

Ini adalah fasa apabila anda tidak terlelap sebaliknya terdapat gerakan mata secara cepat dan tidak teratur. Otot akan berehat sepenuhnya. Pada fasa ini biasanya mimpi akan terjadi.

CARA MENCAPAI TIDUR

NYENYAK

Ramai orang mengakui mereka tidur selama enam jam dan ia sudah mencukupi untuk mendapatka­n rehat sepenuhnya. Namun sebenarnya tempoh tidur tidak penting selagi anda tidak mampu mencapai 20 peratus tidur lena. Tidur terbaik adalah apabila seseorang itu dapat melalui kelima-lima fasa tidur kerana ia sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental.

“Kedengaran­nya sangat mudah namun ramai orang tidak berjaya mendapat tidur nyenyak walaupun melalui fasa tidur yang lama. Apabila bangun keesokan harinya mata masih mengantuk, badan ketara letih dan lesu.

“Keadaan ini banyak berlaku kepada wanita terutama ibu menyusu bayi yang sering terbangun pada waktu malam untuk menyusui bayi.

Wanita juga mudah tertekan, dengkuran pasangan yang membantutk­an proses mencapai tidur mati,” katanya.

Terdapat pelbagai cara mendapatka­n tidur berkualiti antaranya: 1. Bersenam

Lakukan senaman kerana pergerakan otot sebelum waktu tidur memberikan kelegaan pada fungsi otak lantas menyebabka­n rasa mengantuk.

Rembesan peluh ketika bersenam membuatkan tubuh keletihan lantas memberikan rasa mengantuk sekali gus mencapai kualiti tidur yang diinginkan. Namun jangan bersenam ketika hampir waktu tidur.

2. Persiapan sebelum tidur

Ambil jangka waktu persiapan tidur selama 90 minit. Matikan lampu, jauhkan gajet daripada tempat tidur anda. Membaca, meditasi atau mandi air suam sebelum tidur menjadikan fikiran lebih tenang.

3. Tidur dan bangun pada waktu yang sama

Jadualkan masa tidur dan bangun dalam waktu yang sudah ditetapkan. Ini menjadikan otak dan badan terbiasa dengan waktu ini. Aturan tidur dan bangun pada jam yang sama juga harus tetap diterapkan walaupun ketika hujung minggu. Apabila anda tibatiba mengubahny­a, ia akan mengganggu metabolism­e tubuh.

4. Ambil ubat jika sakit

Ramai orang tidak mahu mengambil ubat tahan sakit atau apa saja jenis ubat kerana dikhuatiri akan merosakkan buah pinggang. Sebenarnya pengambila­n ubat membolehka­n tenaga yang sepatutnya digunakan untuk menahan rasa sakit dimanfaatk­an bagi memperbaik­i sel dalam badan. Jadi tubuh menjadi lebih segar manakala penyakit dihidapi tidak berlangsun­g terlalu lama.

5. Curi-curi tidur bila perlu

Apabila anda berada dalam keadaan letih gunakan 15 minit untuk tidur pada waktu tengah hari. Tetapi ingat, jangan tidur melebihi 30 minit kerana sekiranya anda berada pada tahap tidur nyenyak apabila terbangun akan membuatkan anda lebih mengantuk daripada sebelumnya. 6. Guna aromaterap­i dan ambil makanan tambahan

Menurut kajian minyak aromaterap­i seperti lavender membantu menjadikan tidur lebih lena. Makanan tambahan seperti omega-3 dan kunyit pula mengurangk­an tekanan dan membantu tidur lebih berkualiti.

7. Makan makanan sihat

Amalkan pemakanan sihat dengan konsep suku-suku-separuh (protein, karbohidra­t dan serat) bagi mendapatka­n berat badan ideal. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang membantu perut untuk memproses makanan dengan lebih tenang. Ini membuatkan gangguan tidur dapat dielakkan.

Menurut Redza lagi menerusi perkembang­an teknologi tidur nyenyak boleh diketahui menggunaka­n aplikasi jam pintar yang dapat mengukur kadar nadi rehat individu. Penggunaan aplikasi ini membolehka­n individu tahu sama ada mereka mencapai tidur berkualiti atau sebaliknya.

Selain tidur untuk sihat, kebanyakan selebriti menjadikan tidur sebagai salah satu regim penjagaan kecantikan mereka. Tidur mencukupi membantu mendapatka­n kulit yang sihat dan segar serta mengelak kulit kusam dan berjeragat.

“Oleh itu jika inginkan kulit yang cantik pastikan anda mendapat tidur mencukupi dan berkualiti,” pesannya.

 ??  ?? TIDUR nyenyak penting untuk kesihatan dan
kecantikan.
TIDUR nyenyak penting untuk kesihatan dan kecantikan.
 ??  ?? BERSENAM membantu anda mencapai tidur lena.
BERSENAM membantu anda mencapai tidur lena.
 ??  ?? REDZA
REDZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia