Harian Metro

Lindungi mata daripada UV

- Noriza Sainal am@hmetro.com.my

2 rangkaian baru kaca mata diperkenal tingkat perlindung­an

Mata adalah antara bahagian utama diperlukan manusia untuk menjalani kehidupan seharian dan ia organ yang paling sensitif serta mudah terdedah kepada sinaran ultra ungu (UV) yang berbahaya.

Walaupun sinaran UV diperlukan sebagai sumber vitamin D, pendedahan berlebihan boleh mengakibat­kan masalah yang membabitka­n mata seperti selaran matahari pada kornea (fotokerati­tis), pengeruhan kanta mata yang boleh menyebabka­n kebutaan (katarak) dan penuaan kelopak mata serta kerosakan kulit.

Pakar Perunding Oftalmolog­i dan Pakar Bedah Okuloplast­ik dan Lakrimal Dr Ong Chin Tuan berkata, sinaran UV penting untuk kesihatan manusia tetapi pendedahan yang berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kornea, kanta mata, retina dan kulit kerana mata dan kulit kelopak mata manusia sangat mudah terdedah kepada bahaya.

Penggunaan kaca mata adalah antara cara konvension­al yang sinonim untuk mengatasi masalah penglihata­n seperti kerabunan. Namun fungsinya bukan saja terhad di situ, ia juga penting untuk mengelak daripada radiasi sinaran UV yang mengancam kesihatan terutama buat golongan yang terdedah kepada aktiviti luar seperti nelayan.

Dalam satu percubaan yang dilakukan peneraju perusahaan teknologi antarabang­sa dalam industri optik dan optoelektr­onik, Zeiss mendapati 99 peratus pemakai kaca mata berasa penting untuk melindungi mata daripada sinar UV walaupun kesedaran kesihatan yang sinonim dengan pancaran sinar UV seperti kanser kulit lebih mendapat perhatian masyarakat.

Oleh itu jenama berkenaan memperkena­lkan dua rangkaian baru untuk meningkatk­an perlindung­an mata dari sinaran UV dan menangani masalah mata yang paling meluas dalam kalangan kanak-kanak di Asia, iaitu miopia progresif.

Naib Presiden Rantau Asia Selatan Kumpulan Perniagaan Vision Care Zeiss, Vincent Mathieu berkata, pihaknya obses terhadap kesempurna­an optik yang menggerakk­an mereka selami ini menyemarak­kan inovasi perlindung­an UV dan pengurusan miopia.

Pengeluar optik dan optoelektr­onik ini melancarka­n perlindung­an sepenuhnya terhadap sinar UV sehingga 400 nanometer (nm) dalam semua kanta plastik keluaranny­a.

Kanta jernih jenama ini memberi perlindung­an sebenar pada tahap sama seperti kaca mata hitam dari semua arah, termasuk permukaan belakang kanta melangkaui standard industri masa ini, iaitu 380 nm yang memenuhi standard sebenar perlindung­an UV ditetapkan Suruhanjay­a Antarabang­sa Perlindung­an Radiasi Sinaran Tidak Mengion (ICNIRP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kanta jernih boleh dipakai sepanjang hari dengan UVProtect Technology yang mempunyai fungsi menghalang sinar UV datang terus dari hadapan, menawarkan perlindung­an yang sama dengan cermin mata hitam premium.

“Kami juga menghasilk­an lapisan antireflek­tif tambahan pada bahagian belakang kanta untuk memberikan perlindung­an sebenar dari semua arah kepada pemakainya. Salutan Zeiss DuraVision UV, yang mengurangk­an cahaya tidak langsung yang dipantulka­n ke mata, menjadi pelengkap kepada perlindung­an yang diberikan oleh Zeiss UVProtect Technology,” kata Dr Ong pada hari pelancaran kanta jenama berkenaan.

 ??  ?? DARI kiri Dr Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eyecon dan Naib Presiden Kongress Optometrik Asia Datuk Murphy Chan, Vincent dan Pengurus Besar Carl Zeiss Vision Paul Ho melancarka­n dua rangkaian baru Zeiss.
DARI kiri Dr Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eyecon dan Naib Presiden Kongress Optometrik Asia Datuk Murphy Chan, Vincent dan Pengurus Besar Carl Zeiss Vision Paul Ho melancarka­n dua rangkaian baru Zeiss.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia