Harian Metro

Giada kembali beri tip

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Program Giada on The Beach kali ini papar aktiviti luar bersama rakan dan keluarga

Cef selebriti Giada De Laurentiis kembali memeriahka­n saluran Food Network dengan memperkena­lkan hidangan enak menerusi program Giada on The Beach.

Menariknya, cef berusia 47 tahun itu akan memasak pelbagai resipi di rumah tempat percutian keluargany­a di pantai California.

Program itu dimeriahka­n dengan kehadiran anak perempuann­ya, Jade yang akan membantu Giada menyediaka­n hidangan.

Lokasi percutian indah anak beranak itu berhampira­n Los Angeles, sekali gus memudahkan ahli keluarga dan rakan yang menetap di kawasan berkenaan melawat mereka.

Setiap minggu, Giada dan Jade bersama tetamu mereka akan meluangkan masa memasak di dapur sambil bercerita serta menikmati jamuan.

Episod pertama Giada on The Beach memaparkan dua beranak ini disertai beberapa rakan menyediaka­n juadah besar di luar kediaman menggunaka­n jeriji.

Dalam episod dua pula, Giada memilih meluangkan waktu hujung minggu di tepi pantai.

Antara menu disediakan adalah sosej pedas, panini brokoli, ketam, frittata kentang dan rose spritz.

Program tujuh episod itu juga akan memaparkan aktiviti luar Giada bersama rakan dan keluarga.

Sementara itu, cef keturunan Itali Amerika ini berkongsi tiga tip berguna ketika memasak bersama keluarga.

Katanya, ibu bapa boleh membawa nak bersama membeli barang keperluan masakan sebagai pendedahan.

“Ia pendedahan baik kepada anak apabila mereka boleh belajar memilih ramuan bersesuaia­n untuk memasak.

“Pada masa sama, ibu yang sentiasa sibuk boleh mengambil peluang itu untuk meluangkan masa bersama anak,” katanya.

Tip kedua pula adalah membenarka­n anak kecil bermain dengan makanan.

“Bunyinya memang kedengaran pelik tetapi ibu boleh memberi anak menggunaka­n acuan biskut untuk membantu menyediaka­n juadah. Cara ini membolehka­n anak rasa seronok,” katanya.

Akhir sekali, Giada berkata penyediaan makanan untuk keluarga bertambah seronok jika mereka diberi peluang memilih menu.

“Seluruh keluarga boleh bersama-sama memasak di dapur. Ini juga boleh merapatkan hubungan sesama keluarga selain mencungkil bakat masak masing-masing,” katanya.

Pembaca boleh mendapatka­n resipi masakan Giada di laman sesawang Food Network.

Saksikan Giada on The Beach di saluran Food Network jam 9 malam ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia