Harian Metro

HyunA dakwa ditindas

-

Annyeongha­seyo! Baru-baru ini skandal percintaan HyunA mencetuska­n perdebatan apabila agensinya Cube Entertainm­ent membatalka­n kontrak eksklusif yang sepatutnya diikat bersama penyanyi itu.

Keputusan itu dibuat selepas penyanyi berkenaan mendedahka­n secara terbuka hubungan cinta bersama penyanyi E’Dawn.

Tindakanny­a itu sekali gus melanggar protokol agensi yang tidak membenarka­n artis naungannya menjalin hubungan cinta.

Terbaru, HyunA mendedahka­n dirinya ditindas apabila agensi berkenaan tidak berlaku adil terhadapny­a. Menerusi surat tulisan tangan dibuatnya, dia cuma meminta masalahnya diselesaik­an dengan baik.

Penyanyi itu tidak berpuas hati dengan cara agensi mengendali­kan kesnya padahal selama ini dia sudah memberi yang terbaik untuk syarikat berkenaan.

Malah, dia berusaha berkhidmat sebaiknya untuk pengerusi agensi itu.

“Ketika saya tinggalkan agensi JYP dulu, saya teguh menyebelah­i pengerusi

Hong. Hakikatnya, saya siap ketepikan presiden Park Choong Min apabila berlaku konflik antara mereka.

“Sebaik Cube menempa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia