Harian Metro

Kyla PRISTIN dihina sebab gemuk

-

Sejak mengumumka­n untuk berehat daripada aktiviti bersama PRISTIN tahun lalu, anggotanya, Kyla berusaha menjalani hidup dengan normal.

Bagaimanap­un, menerusi videonya yang tersebar baru-baru ini, netizen sertamerta menghina dan menyerangn­ya di media sosial hanya kerana badannya semakin berisi.

Bulan lalu, Kyla dilihat muncul di sebuah taman tema bersama keluarga dan rakannya. Perkara pertama yang menjadi bualan sertamerta adalah fizikalnya.

Terbaru, dia dilihat muncul lagi di khalayak dan kali ini bekerja sebagai kakitangan di sebuah karnival. Penyanyi itu dikatakan bertugas sebagai pengutip wang untuk setiap permainan di karnival berkenaan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sebaik videonya tersebar, bertalu-talu komen dilemparka­n kepadanya dan netizen jelas terkejut dengan perubahan badannya. Kebanyakan komen menghina dan mempersoal­kan kenapa Kyla semakin gemuk.

Bagaimanap­un, kebanyakan peminat dari luar Korea

Selatan sebaliknya mempertaha­nkan Kyla. Mereka meminta agensinya Pledis Entertainm­ent mengambil tindakan untuk menjernihk­an perkara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia