Harian Metro

Buat onar di masjid

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

“Saya tak tahu apa motif lelaki itu masuk ke masjid semalam (kelmarin) sebelum merosakkan jam dinding dan mengoyak al-Quran lalu mencampak ke dalam jamban,” kata Siak Masjid Al Ihsan, Kubang Larek Kamal Shukri.

Kamal, 34, berkata, dia menyedari bunyi air mengalir kuat dari tandas lelaki di masjid itu jam 6.45 petang.

Katanya, apabila diperiksa didapati paip air dicabut manakala helaian al-Quran berselerak atas lantai tandas termasuk dalam lubang jamban.

“Saya yang curiga memeriksa sekeliling masjid sebelum mendapati cermin dinding pecah dan syak mungkin ada orang memecah masuk ke sini tetapi tak tahu apa motifnya.

“Pelik dengan kejadian itu, saya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati kelihatan seorang lelaki berusia 30-an masuk ke dalam masjid dan membaling papan rehal kayu ke arah jam digital dinding hingga terjatuh dan pecah.

“Lelaki yang bersendiri­an itu dipercayai orang luar kerana dia tidak dikenali. Saya memaklumka­n kejadian itu kepada jemaah masjid,” katanya.

Kamal berkata, sebelum ini pernah berlaku kes selipar dan tabung masjid hilang tetapi hanya membabitka­n jumlah yang kecil.

„ Lelaki rosak jam dinding, campak al-Quran dalam tandas

“Atas faktor itu, kami memasang lima CCTV di masjid ini memudahkan mengesan pencuri dan sesiapa yang masuk ke sini untuk melakukan benda tidak baik.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena dan menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengesan lelaki terbabit,” katanya.

 ??  ?? KAMAL (kanan) dan Bilal, Ismail Md Arshad menunjukka­n laporan polis yang dibuat berhubung lelaki merosakkan barangan di masjid.
KAMAL (kanan) dan Bilal, Ismail Md Arshad menunjukka­n laporan polis yang dibuat berhubung lelaki merosakkan barangan di masjid.
 ??  ?? JAM dinding yang jatuh dan dibaling dengan papan rehal.
JAM dinding yang jatuh dan dibaling dengan papan rehal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia