Harian Metro

Anak lembam jaga ibu cacat penglihata­n

-

Jasin: Demi kasih kepada insan yang melahirkan­nya, wanita orang kurang upaya (OKU) lembam sanggup menjaga dan menguruska­n sendiri ibunya yang mengalami cacat penglihata­n.

Walaupun keadaan kesihatan sedikit terjejas selepas diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu, namun ia bukan alasan buat Che Ros Osman, 48, untuk tidak menjaga ibunya, Che Mah Mad Som, 84.

Che Mah berkata, selepas kematian suami lebih 20 tahun lalu, dia tinggal berdua bersama anak tunggalnya itu namun kehidupan mereka diuji apabila dirinya mengalami masalah penglihata­n.

Katanya, selepas penglihata­n terjejas, Che Ros mula mengambil alih tugas harian termasuk menguruska­n dirinya.

“Alhamdulil­lah, walaupun keadaannya begitu, namun segala keperluan saya dijaga sebaiknya termasuk makan dan minum.

“Setiap hari seawal jam 7 pagi, dia sudah siapkan makanan untuk saya dan selepas menghidang­kannya, dia mula melakukan rutin harian lain seperti membasuh dan mengemas rumah,” katanya ditemui selepas menerima sumbangan daripada syarikat Hazie Emas Enterprise di rumahnya di Kampung Tehel Ulu di sini, semalam.

Menurutnya, beberapa tahun lalu kehidupan mereka diduga apabila anak yang menjadi tempat bergantung itu tiba-tiba diserang angin ahmar.

“Mujurlah dia (Che Ros) kuat dan tidak lama selepas itu dia sembuh walaupun tidak seperti sebelumnya dan kini masih perlu mengikuti kelas fisioterap­i di klinik kesihatan.

“Saya sendiri setiap dua bulan sekali perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaa­n susulan dan disebabkan ini kami berdepan masalah kewangan,” katanya.

 ??  ?? CHE Ros memakaikan tudung Che Mah yang juga penghidap penyakit jantung kronik.
CHE Ros memakaikan tudung Che Mah yang juga penghidap penyakit jantung kronik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia