Harian Metro

Bawa isu gaji minimum ke Kabinet minggu depan

-

Kementeria­n Sumber Manusia memberi jaminan membawa isu pelaksanaa­n gaji minimum dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menterinya, M Kulasegara­n, berkata isu terbabit perlu dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu supaya segala perkara berbangkit dapat diberi perhatian.

“Saya akan membawa isu pelaksanaa­n gaji minimum RM1,050 dalam mesyuarat Kabinet pada minggu depan supaya semua menteri dapat memahami perkara itu dan mencari jalan penyelesai­an. “Kementeria­n perlu mendapatka­n maklum balas menteri Kabinet lain juga kerana faktor yang mendorong kepada pelaksaan gaji minimum hanya RM1,050 disebabkan ketidaksta­bilan ekonomi serta hutang negara yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia