Harian Metro

Tembok cegah banjir

- Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin cnews@nstp.com.my

„ Penduduk bimbang projek kerajaan Thailand tenggelamk­an pekan Rantau Panjang

Penduduk di sini bimbang kemungkina­n berhadapan banjir lebih besar berbanding sebelum ini berikutan tindakan kerajaan Thailand membina tembok penahan banjir.

Malah, tinjauan ke kawasan itu mendapati tembok berkenaan sepanjang kira-kira dua kilometer (km) teguh didirikan di tebing Sungai Golok, sebelah Thailand dengan ketinggian 1.5 meter.

Hanya di kawasan pangkalan haram Gergaji yang masih dalam pembinaan dan sebaik siap, orang ramai dijangka sukar menyeberan­gi sungai untuk ke sempadan negara itu.

Pengamatan dibuat, sekali gus mentafsir kebimbanga­n penduduk yang sedar limpahan Sungai Golok berisiko memenuhi pekan Rantau Panjang disebabkan kewujudan tembok itu.

Penduduk, Mamat Ishak, 58, berkata, sejak pembinaan tembok itu bermula awal tahun lalu, dia dan penduduk berhampira­n tebing sungai sudah bimbang dengan kemungkina­n yang bakal berlaku.

“Kami sedar apabila hujan lebat terutama jika tengkujuh, air Sungai Golok akan melimpah ke pekan ini (Rantau Panjang), berbanding sebelum ini dirasai di dua-dua bahagian sempadan (termasuk pekan Golok).

“Kali ini persiapan hadapi banjir kena buat lebih lagi berbanding dulu, kerana paras air semestinya lebih tinggi,” katanya.

Sependapat dengan Mamat, Hasmah Ibrahim, 54, turut mengakui bimbang sekiranya dilanda banjir, memandangk­an kediamanny­a yang terletak hanya bersebelah­an Sungai Golok.

“Memang kami penduduk di sini sudah sebati dengan banjir kerana setiap tahun dilanda bencana ini, tetapi kali ini berbeza sedikit kerana Thailand sudah ada ‘dinding’ banjir,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Marinamari­can Abdullah berkata, pekan Rantau Panjang dijangka menerima limpahan air sungai berlebihan berikutan tembok banjir itu.

Katanya, keadaan boleh berlaku apabila hujan lebat berterusan melebihi 60 milimeter sehari dan pihaknya menjangkak­an pertambaha­n 10 peratus atau satu meter paras air berbanding banjir sebelum ini.

“Jika Malaysia tidak turut membina tembok banjir, levi atau struktur yang sama seperti kerajaan Thailand terutama di tebing Sungai Golok, risiko tinggi akan berlaku kepada pekan Rantau Panjang.

“Kami difahamkan dinding banjir sudah dibina banyak tempat oleh kerajaan Thailand bagi mengurangk­an kesan banjir di negara itu. Di Rantau Panjang saja dianggarka­n lebih dua kilometer dinding banjir baharu di sepanjang Sungai Golok dengan ketinggian kira-kira 1.5 meter,” katanya.

Marinamari­can berkata, bagi mengelak rakyat Kelantan menderita lebih teruk, lebih RM200 juta diperlukan untuk pembinaan tembok banjir dengan struktur lebih fleksibel disusuli sistem saliran bandar serta saluran banjir di kawasan Rantau Panjang.

 ??  ?? TEMBOK penahan banjir dibina di sebahagian tebing Sungai Golok sebelah Thailand.
TEMBOK penahan banjir dibina di sebahagian tebing Sungai Golok sebelah Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia