Harian Metro

Harap dapat mula niaga semula

-

Kuala Lumpur: Saya harap dapat memulakan perniagaan nasi campur di depan rumah secepat mungkin,” kata mangsa banjir kilat, Putih Mat Zain, 58, dari Kampung Periuk, Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Semalam, semua 12 keluarga daripada 36 mangsa terjejas yang ditempatka­n di pusat pemindahan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, di sini, sejak malam Isnin lalu, pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa terbabit ditempatka­n dan diberi ruang berehat di dewan berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter jam 4.30 petang Isnin lalu.

Putih berkata, banjir yang melanda menyebabka­n perniagaan­nya di kawasan berkenaan terjejas, sekali gus ‘mengganggu’ mata pencariann­ya.

“Saya ibu tunggal, ada cucu nak jaga dan rasa penat tak hilang lagi selepas mengemas dan membersihk­an rumah, Insya-Allah kalau diberi kekuatan nak berniaga kembali esok (hari ini),” katanya ketika ditemui, semalam.

Noor Zahirah Yunos, 32, berkata dia antara penduduk terjejas yang pulang ke rumah kelmarin.

“Hari ini (semalam) saya tinjau dewan itu sudah kosong, ada yang pulang malam tadi (kelmarin) dan bakinya hari ini (semalam).

“Sejak banjir berlaku, saya ulang-alik dari dewan ke rumah untuk mencuci lantai dan membersihk­an kawasan terjejas. Periksa barang elektrik jika rosak atau tidak, sidai pakaian basah, saya rasa semua penduduk ambil langkah sama.

“Tapi kalau ikut cara saya, proses pembersiha­n akan dilakukan dengan lebih pantas, sebab saya lebih selesa tidur di rumah sendiri. Sebab itu, selepas saya lihat rumah berada dalam keadaan lebih teratur, saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah malam tadi (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zairyna Mohd Zainal Azizi, 40, berkata, lebih 50 peratus daripada pakaiannya dihanyutka­n air selepas insiden berkenaan.

“Namun, saya lega apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyumbang­kan beberapa baju, seluar dan tuala mandi. Malah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n turut turun padang memberikan sumbangan termasuk beras, biskut dan minyak masak,” katanya.

Katanya, penduduk yang terjejas amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa selepas banjir di Kampung Periuk di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
PUTIH
KEADAAN rumah mangsa selepas banjir di Kampung Periuk di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. PUTIH
 ??  ?? NOOR Zahirah
NOOR Zahirah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia