Harian Metro

Belasah jiran

-

„ Tiga beranak tak setuju dengan fakta kes

Kuala Lumpur: Seorang pemilik pusat rekreasi sukan

mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, semalam, atas empat pertuduhan mencederak­an dengan menumbuk dan mencekik empat beranak yang juga Orang Asli, bulan lalu.

Tertuduh, Roslim Abu, 55, membuat pengakuan apabila pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Roslim didakwa dengan sengaja mencederak­an Rogayah Mohamed, 52, dan tiga lagi anaknya iaitu Rohaizad Shah Mohd Shahbi Burok, 33, Mohd Nizar, 32, dan Nurul Najihah, 21.

Ketika kejadian, tertuduh didakwa menolak belakang badan Rogayah, menumbuk muka Rohaizad, menumbuk mulut Mohd Nizar dan mencekik leher Nurul Najihah.

Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Orang Asli Bukit Lagong KM 16 Hutan Lipur Jalan Bukit Idaman berkenaan didawa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit Batu Caves, jam 10.55 pagi pada 10 September lalu.

Dakwaan keempat-empat kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kesalahan.

Mahkamah membenarka­n ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang pejamin dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes. kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamat Amin menawarkan jaminan RM5,000 bagi semua pertuduhan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff memohon jaminan dikurangka­n atas alasan anak guamnya perlu menangung tiga anak dan kini menghidap penyakit darah tinggi.

“Malah, isteri anak guam saya menghidap kanser yang memerlukan penjagaan daripada tertuduh,” katanya.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarka­n jaminan RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 12 Disember depan sebagai sebutan semula kes itu.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila tertuduh marah selepas semua mangsa menebang pokok yang termasuk ke dalam kawasan tanahnya.

 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ?? ROS Iman
MD Isa
FOTO: ASWADI ALIAS ROS Iman MD Isa
 ??  ?? ROSLIN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
ROSLIN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
 ??  ?? ROSLIZA
ROSLIZA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia