Harian Metro

Padah miliki gambar, video Daish

-

Seorang buruh binaan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki lima gambar dan sembilan video di dalam telefon bimbitnya yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daish, Januari lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Al-Arshy Mus Budiono, 24, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes itu, semalam (Rabu).

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 17 Januari lalu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Mohd Nazlan menasihati tertuduh supaya lebih berhati-hati dan tidak terbabit dengan aktiviti yang melanggar undang-undang terutama berkaitan keganasan.

“Kesalahan berkaitan keganasan adalah serius. Ia boleh mengancam keselamata­n negara dan menggugat sistem demokrasi berparlime­n serta membahayak­an masa depan rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Awan Hijau, Taman Overseas Union, Brickfield­s di sini, jam 3 petang,17 Januari lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 130JB(1)(a)

Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item itu.

 ??  ?? MOHD Al-Arshy
MOHD Al-Arshy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia