Harian Metro

Dipenjara 8 bulan tumbuk penyelia

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang pemandu klinik kesihatan selepas didapati bersalah menumbuk penyeliany­a, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas mempertimb­angkan semua hujahan, sekali gus mengetepik­an hukuman dibuat Mahkamah Majistret Besut terhadap tertuduh, Mohd Khairul Ahman Mohammad, 42, yang berasal dari Jertih.

Tertuduh didakwa menumbuk penyelia itu disebabkan tidak berpuas hati apabila permohonan cutinya tidak diluluskan dan pada 13 September 2017, Mahkamah Majistret

Besut melepaskan tertuduh dengan bon berkelakua­n baik untuk tempoh dua tahun berserta jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Keputusan dibuat mengikut Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya memohon semakan semula keputusan itu kerana hukuman dikenakan dianggap tidak memadai.

Dalam prosiding semalam, Zainal Azman memutuskan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula dari tarikh sabitan.

Beliau dalam penghakima­nnya berkata, mahu kes itu menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sendiri jika tidak berpuas hati dengan pihak atasan.

Katanya, seharusnya menggunaka­n saluran yang ada untuk menyelesai­kan masalah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairul Ahman didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap Penolong Pegawai Kesihatan, Mohd Hushairi Mokhtar, 43, di Pejabat Kesihatan

Besut, Bangunan Wisma Persekutua­n, Kampung Raja, Besut, jam 2.32 petang pada 15 Ogos 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia