Harian Metro

Denda RM100,000 beri pengajaran terhadap kontraktor

-

Hukuman denda sehingga RM100,000 dijangka memberi pengajaran terhadap kontraktor yang gagal membaiki sebarang kerja pengorekan jalan awam dengan sempurna.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, berkata langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan kualiti jalan sedia sentiasa dalam keadaan baik dan dapat digunakan dengan selesa.

“Kita tidak ada masalah, malah cara ini dapat membantu memastikan kontraktor yang ditugaskan dapat melaksanak­an kerja-kerja pengorekan jalan mengikut spesifikas­i yang ditetapkan, bukan

‘ala kadar’.

“Bagaimanap­un, kementeria­n juga perlu mengkaji kaedah yang sedia kerana ada segelintir kes kerosakan jalan raya disebabkan oleh kenderaan berat yang lalu-lalang walaupun kontraktor sudah melaksanak­an kerja membaiki dan menurap dengan elok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia