Harian Metro

5 Ratu Ais bakal tanam kapsul masa di Antartika

-

Lima wanita yang dipilih sebagai Ratu Ais bagi misi ekspedisi Antartika bakal menanam kapsul masa baharu sekali gus menjadi kumpulan wanita pertama Malaysia merentasi kutub selatan.

Melalui ekspedisi pada Disember tahun depan itu, kumpulan berkenaan juga mengambil dan membawa pulang kapsul lama yang ditanam wirawati negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir pada 2004.

Sharifah yang juga ketua misi Ekspedisi Wanita Berkumpula­n ke Antartika (AWETA) itu berkata, beliau mengharapk­an kapsul mengandung­i mandat bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dapat dipertonto­nkan kepada umum.

“Selepas berjaya menanam kapsul itu dalam misi Antartika 14 tahun lalu, saya mahu ada rakyat Malaysia yang mengambil dan membawanya pulang sebelum atau pada 2020.

“Ia perlu segera dilakukan kerana lokasi penanaman kapsul itu berada berdekatan sebuah pusat penyelidik­an

Amerika Syarikat dan bimbang ia akan memasuki kawasan berkenaan.

“Jika misi saya bersama lima Ratu Ais berjaya, mereka akan menanam kapsul masa baharu yang mungkin mengandung­i mandat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula untuk jangka masa tertentu,” katanya.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahka­n lima premis makanan di daerah ini ditutup serta-merta selama dua minggu selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor.

Semua premis itu diarahkan tutup pada operasi bersepadu MDKL dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, bermula jam 10 pagi semalam.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an MDKL Noor Hayati Ibrahim berkata, semua premis itu ditutup sementara mengikut Undang-Undang Kecil 62, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisym­en Makanan (MDKL) 2007.

Katanya, premis terbabit terletak di sekitar Sijangkang dan Teluk Panglima Garang.

“Perintah arahan menutup premis dibuat berikutan kita terjumpa kesan hurungan serangga termasuk lipas, kegagalan mendapat suntikan tifoid selain tidak mengikut langkah-langkah kebersihan yang ditetapkan.

“Semua pemilik premis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia