Harian Metro

Banjir kilat akibat sampah sumbat longkang

-

Klang: Pembuangan sampah sama ada domestik atau pukal didakwa menjadi punca banjir di sekitar pekan Meru sehingga mengganggu aktiviti harian penduduk.

Penduduk Taman Daya Meru yang ditemui mengakui pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggun­gjawab menyebabka­n longkang berhampira­n kediaman mereka tersumbat.

Kakitangan swasta, Norhamdan Hasani, 40, berkata, susulan banjir sejak Jumaat lalu, dia terpaksa memohon cuti malah anaknya juga tidak dapat ke sekolah.

“Hujan pada Isnin lalu menyebabka­n banjir kilat. Banyak barang rosak akibat ditenggela­mi air seperti peti sejuk, mesin basuh dan perabot.

“Rumah ini saya beli dua tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, banjir kali ini paling teruk. Saya tidak menolak kemungkina­n masalah sistem perparitan dan longgokan sampah dalam longkang menyumbang kepada banjir di kawasan perumahan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Siti Aishah Abdullah, 25, berkata dia juga kerugian besar akibat banjir malah air di rumahnya mencecah paras pinggang kelmarin.

“Semalam (kelmarin) air di paras pinggang, hari ini (semalam), kurang sikit, pada paras lutut manakala barang-barang rumah pula banyak yang rosak.

“Anak-anak sudah seminggu tidak ke sekolah, baju semua kotor dan sekarang saya tidak dapat bersihkan rumah sebab air masih ada.

“Air pula kotor sehingga badan saya dan anak-anak gatal apabila terkena air ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani ketika ditemui di lokasi berkata, kebanyakan longkang dan parit di kawasan banjir kilat dipenuhi sampah.

“Macam mana hendak mendidik masyarakat agar mereka buang sampah di tempat sepatutnya, tidak di dalam sungai atau parit.

“Ini satu daripada punca utama banjir yang kerap melanda di kawasan ini selain sistem perparitan yang tidak di selenggara dengan betul,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Taman Daya Meru mengharung­i banjir di kawasan taman.
PENDUDUK Taman Daya Meru mengharung­i banjir di kawasan taman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia