Harian Metro

Belenggu dadah

- Fazrik Kamarudin dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Penagih sukar pulih akibat stigma masyarakat, emosi sendiri

“Sekali hisap dadah, selamanya bergelar penagih,” antara petikan yang tepat menggambar­kan stigma masyarakat terhadap bekas penagih dadah.

Berhadapan dengan penolakan anggota masyarakat malah keluarga sendiri dan tanpa hala tuju, sebahagian besar bekas penagih perlahan-lahan kembali terjerumus menagih dadah.

Realitinya, 70 peratus punca penagih dadah berulang disebabkan emosi sendiri manakala selebihnya adalah faktor luaran seperti pengaruh rakan lama dan stigma masyarakat dan keluarga.

Bekas penagih dadah yang ingin dikenali sebagai Abdul, 54, berkata, kehilangan isteri yang disayangi menjadi punca dia kembali menagih.

Mengimbas kembali peristiwa empat tahun lalu, Abdul mengakui sangat kesal apabila kembali semula menagih selepas hampir 14 tahun bebas daripada najis dadah.

“Ketika isteri saya meninggal, saya rasa betul-betul kosong, kehilangan orang yang saya sayang, emosi saya tidak stabil.

“Ia tidak berlaku sekelip mata, saya mula dengan dadah lembut seperti ganja, tetapi lama kelamaan saya rasa tidak puas dan akhirnya kembali menagih heroin,” katanya ketika ditemui di Teduhan Kasih, Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), di sini.

Seorang lagi bekas penagih, dikenali sebagai Fazli, 39, berkata, dia kembali semula menagih selepas keluar dari penjara dengan menyalahka­n masyarakat sekeliling yang menolak dan enggan menerimany­a.

“Walaupun saya menjalani pemulihan, pandangan mereka masih sama. Ketika itu saya fikir jika mereka masih tuduh saya penagih dan itu punca saya kembali menagih.

“Tetapi masyarakat tidak harus disalahkan sepenuhnya berikutan jiwa saya kosong selepas bebas dari penjara dan pusat pemulihan menyebabka­n saya mencari keseronoka­n lain,” katanya.

Azli yang kini menyumbang masa dan tenaganya bersama PENGASIH dalam program pemulihan, berkata ada juga penagih berulang disebabkan mereka sendiri belum mahu berubah.

 ??  ?? ABDUL antara bekas penagih dadah yang berada di rumah pemulihan PENGASIH di Sungai Buloh.
ABDUL antara bekas penagih dadah yang berada di rumah pemulihan PENGASIH di Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia