Harian Metro

25,922 penagih berulang

-

Kuala Lumpur: Tidak pernah insaf dan terus menagih dadah. Itu cabaran besar perlu diatasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila 25,922 individu dikenal pasti sebagai penagih berulang di seluruh negara bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah sebenar keseluruha­n penagih berulang di seluruh negara mungkin lebih ramai berbanding angka terbabit berikutan ada di antara mereka yang tidak dikesan pihaknya.

“Pada tahun lalu, 25,922 penagih berulang dikesan di seluruh negara, manakala bagi tempoh Januari hingga Julai lalu pula, 13,152 penagih berulang dikesan.

“Kami menjangkak­an lebih ramai individu yang dikategori­kan sebagai penagih berulang di luar sana yang tidak dikesan AADK,” katanya ketika berucap pada Majlis Simposium Pemerkasaa­n Integriti di Ibu Pejabat AADK di Sungai Merab, Bangi di sini.

Beliau berkata, antara program yang giat dijalankan AADK adalah Kempen Perangi Dadah Habis-habisan dengan pelaksanaa­n pelbagai program bersama komuniti dalam usaha menangani masalah itu.

“Buat masa ini, usaha bertumpu kepada aktiviti ‘pembersiha­n’ 178 kawasan berisiko tinggi yang terbabit dengan kegiatan dadah di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI
ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia