Harian Metro

TEMPAH X70 RM99 SAJA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

„ SUV pertama Proton boleh ditempah melalui laman web sehingga 19 Oktober ini

Proton Holdings Berhad (Proton) menawarkan bayaran tempahan hanya RM99 bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 selama tiga hari bermula semalam hingga 19 Oktober ini.

Ia adalah sempena mempromosi­kan penggunaan platform baru tempahan dalam talian yang ditawarkan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Muda berkata, mulai semalam, pelanggan boleh mengakses platform tempahan itu melalui laman web korporat Proton.

“Sempena promosi tiga hari ini, pelanggan yang menempah Proton X70 secara dalam talian hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM99 saja,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, selepas sesi pratonton bagi ciri sambungan dan teknologin­ya kepada media pada 11 Oktober lalu, Proton X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama yang boleh ditempah secara dalam talian.

“Sekarang adalah masa tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada pelanggan selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran.

“Kami juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang melakukan tempahan sebelum pelancaran Proton X70 ini tidak kira sama ada mereka menempah melalui platform dalam talian atau di cawangan kami,” katanya.

Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, Proton juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai Proton X70 di laman webnya termasuk spesifikas­i untuk setiap varian.

Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan terutama berkaitan dengan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksika­n aktiviti penjualan sebenar.

Sementara itu, pelanggan yang ingin menempah model SUV itu perlu memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka.

Selepas bayaran tempahan dilakukan secara dalam talian, resit yang dihasilkan sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan.

Proton kemudian akan melantik penasihat jualan bagi menguruska­n pesanan dengan menghubung­i pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.

Untuk tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalik­an sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

 ??  ?? TEMPAHAN RM99 hanya untuk tempoh promosi tiga hari.
TEMPAHAN RM99 hanya untuk tempoh promosi tiga hari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia