Harian Metro

MSWG harap kerajaan tak perkenal CGT

-

Badan Pengawas

Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG) berharap cukai keuntungan modal (CGT) tidak akan diperkenal­kan dalam masa terdekat berikutan ia akan terus mempengaru­hi prestasi Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Devanesan Evanson berkata, pengenalan cukai ke atas keuntungan modal akan menjadi tidak produktif berikutan kerajaan merancang untuk mengurangk­an saham yang dimiliki syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Jika memperkena­lkan cukai keuntungan modal sekarang, ia akan memberi kesan kepada pasaran, yang kini diniagakan lemah dan seterusnya akan menurunkan nilai saham,” katanya di luar majlis sarapan Hari Etika Global Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) di sini, semalam.

Ditanya masa yang sesuai untuk CGT, Devanesan berkata, kerajaan boleh mengkaji semula idea itu selepas pasaran stabil.

“Mungkin selepas kerajaan selesai pelan rasionalis­asi hutang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia