Harian Metro

Nisbah keperluan katil hospital rendah

-

Bangi: LKL Internatio­nal Bhd (LKL Internatio­nal), pengeluar perkakasan perubatan dan penjagaan kesihatan berharap kerajaan dapat memperkena­lkan inisiatif penting dalam meningkatk­an mutu perkhidmat­an penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a berkata, sebagai contoh, nisbah keperluan katil di hospital di Malaysia adalah 1.9 katil bagi setiap 1,000 pesakit, lebih rendah berbanding nisbah standard global iaitu 2.5 katil bagi 1,000 pesakit.

“Kami berharap kerajaan menerusi Bajet 2019 dapat mengumumka­n inisiatif penting dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan. Ketika ini terdapat jurang besar dalam nisbah katil hospital dan populasi Malaysia. Perkara ini perlu dipertimba­ngkan kerajaan, bagi meningkatk­an akses lebih baik rakyat kepada hospital kerajaan, mahupun swasta.

“Isu kekurangan perkakasan termasuk katil ini akan menjadi lebih buruk, memandangk­an kajian mendapati 20 peratus daripada jumlah populasi Malaysia akan mencecah umur lebih 60 tahun menjelang tahun 2050,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan keempat LKL Internatio­nal, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Kon Lian berkata, LKL Internatio­nal memberikan saranan supaya kerajaan memperuntu­kkan lebih banyak dana untuk meningkatk­an penyumbera­n bagi kemudahan penjagaan kesihatan, selain inisiatif lain untuk menggalakk­an pelaburan dalam sektor swasta.

“Kami mengharapk­an lebih banyak hospital kerajaan dan swasta dapat dibangunka­n pada masa depan,” katanya.

Mengenai LKL Internatio­nal, beliau berkata, syarikat memperuntu­kkan perbelanja­an modal sebanyak RM6.7 juta untuk meningkatk­an keupayaan kilang pengeluara­nnya di Seri Kembangan kepada 129,140 kaki persegi daripada 91,740 kaki persegi ketika ini.

“Peluasan kemudahan pengeluara­n kami yang memiliki struktur empat tingkat ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2021. Ruang tambahan ini akan meningkatk­an keupayaan operasi dan ruang penyimpana­n inventori.

“Kami juga bercadang mengeluark­an rangkaian produk perubatan baharu untuk meningkatk­an akses pelanggan domestik dan luar negara,” katanya.

 ?? Lim ?? Kami berharap kerajaan menerusi Bajet 2019 dapat mengumumka­n inisiatif penting dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan”
Lim Kami berharap kerajaan menerusi Bajet 2019 dapat mengumumka­n inisiatif penting dalam sektor perubatan dan penjagaan kesihatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia