Harian Metro

Sedia khidmat kewangan kepada bakal pesara polis

-

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menjalinka­n kerjasama dengan Yayasan Pengaman Malaysia untuk membantu pesara dan bakal pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapatka­n ilmu pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, kerjasama itu menyaksika­n pihaknya memasarkan produk Bank Muamalat kepada bakal pesara seiring dengan keadaan kewangan mereka.

“Kami harap kerjasama ini dapat memastikan anggota polis yang bakal bersara dan pesara berpeluang mendapat kemudahan dalam pengurusan kewangan dan dalam masa sama memberi khidmat nasihat bagi membantu mereka melaksanak­an perbelanja­an berhemah,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Bank Muamalat dan Yayasan Pengaman Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia Tan Sri Hussin Ismail.

Yayasan Pengaman Malaysia ditubuhkan pada 2012 bertujuan menjaga kebajikan pesara PDRM dan menyokong usaha kerajaan terhadap isu dan agenda keselamata­n negara.

Beliau berkata, antara produk yang bakal ditawarkan kepada mereka adalah Pembiayaan Peribadi Pesara (3P) dan Pembiayaan Peribadi Pra-Persaraan (3PS).

Produk pembiayaan itu boleh digabungka­n dengan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tujuan permulaan modal sebanyak RM10,000 yang akan digandakan kepada tujuh kali jika mereka mendapatka­n pembiayaan ASB di Bank Muamalat. Jaya Grocer akan membuka tiga lagi cawangan sehingga Mac tahun depan dalam usaha mengembang­kan operasinya.

Dua cawangan baru itu bakal dibuka di Lembah Klang dan satu di wilayah selatan.

Pengasas Jaya Grocer, Teng Yew Huat berkata, pihaknya merancang membuka antara tiga hingga lima cawangan setiap tahun.

“Kami sentiasa mencari lokasi baru untuk menambah cawangan supaya mendapat lebih ramai pelanggan,” katanya pada majlis pembukaan cawangan pertama Jaya Grocer di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Operasi Jaya Grocer Daniel Teng dan Pengasas Hunza Group Datuk Seri Khir Teng Tong.

Merangkumi keluasan 25,000 kaki persegi, cawangan di Gurney Paragon Mall itu membabitka­n pelaburan RM6 juta dan ia cawangan ke-28 Jaya Grocer.

Teng berkata, cawangan itu adalah lokasi terbaik berbanding lima pasar raya besar lain.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (tengah) menyaksika­n Hussin (dua dari kiri) dan Mohd Redza Shah bertukar MoU antara Bank Muamalat dan Yayasan Pengaman, semalam.
MOHAMAD Fuzi (tengah) menyaksika­n Hussin (dua dari kiri) dan Mohd Redza Shah bertukar MoU antara Bank Muamalat dan Yayasan Pengaman, semalam.
 ??  ?? TENG (kiri) melancarka­n pembukaan rasmi pasar raya Jaya Grocer di Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney.
TENG (kiri) melancarka­n pembukaan rasmi pasar raya Jaya Grocer di Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia