Harian Metro

BUNUH, PANGGANG CUCU

- Agensi

„ Nenek ditahan selepas mayat bayi 20 bulan ditemui dalam ketuhar

Seorang nenek tergamak melakukan perbuatan kejam terhadap cucunya apabila dipercayai menikam bayi perempuan berusia 20 bulan itu sebelum mayatnya disumbat dan dipanggang di dalam ketuhar di rumahnya di Mississipp­i, Amerika Syarikat.

Perbuatan Carolyn Jones, 48, terbongkar pada Isnin lalu selepas keluargany­a yang pulang ke rumah menemui mayat mangsa, Royalty Marie Floyd, kira-kira jam 7 malam.

Mereka menghubung­i polis dan mangsa disahkan mati di tempat kejadian, lapor Daily Mail.

Carolyn ditahan sejurus kejadian dan didakwa atas tuduhan bunuh.

Menurut Syerif Daerah Bolivar, Kelvin Williams, mayat ditemui adik suspek sebelum dia segera memanggil polis ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah itu disahkan sebagai lokasi pembunuhan,” kata Williams pada sidang media disiarkan oleh WREG.

Pihak berkuasa berkata, mangsa tinggal bersama neneknya, manakala ibunya tinggal di tempat lain.

Selain itu, Williams berkata, dia masih belum dapat memastikan sama ada kejadian itu berpunca daripada masalah mental atau sebaliknya.

“Saya sudah bertugas selama 26 tahun dan ini kejadian paling mengerikan yang pernah dilihat setakat ini. Lebih menyedihka­n apabila mangsa hanyalah kanak-kanak.

“Terlalu mencabar untuk kami yang terpaksa menyiasat kes memilukan seperti ini.

Melihat mangsa dalam keadaan seperti itu,” katanya yang menjelaska­n mayat mangsa dihantar ke makmal jenayah negeri untuk bedah siasat.

Sementara itu, portal WLOX melaporkan, ibu mangsa, Veronica Jones membuka akaun GoFundMe untuk mencari dana bagi menampung kos pengebumia­n anaknya.

“Apa yang saya tahu ialah ibu menikam anak perempuan saya dan menyumbat serta memanggang­nya di dalam ketuhar. Ibu bukan seorang yang ganas. Dia menyayangi Royalty dan sentiasa melayannya.

“Jelas ibu berkelakua­n pelik, ini bukan dirinya yang biasa,” katanya kepada WMC News.

 ??  ?? RUMAH di mana mayat Royalty ditemui dalam ketuhar. Gambar kecil, Royalty. - Daily Mail
RUMAH di mana mayat Royalty ditemui dalam ketuhar. Gambar kecil, Royalty. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia