Harian Metro

Silap pencuri telefon polis

-

London: Seorang penjenayah yang menyewakan kereta mewah dicurinya melakukan kesilapan paling bodoh apabila membuat laporan polis mengenai kehilangan kenderaan itu seterusnya membawa kepada penangkapa­nnya.

Chirag Patel menyimpan 19 kereta curi termasuk Porsche Cayenne, Range Rover serta Mercedes, malah lima daripadany­a disimpan di garaj tingkat bawah di rumahnya di Croydon, selatan London.

Semua kereta terbabit berjaya dicuri tanpa menggunaka­n kunci di sekitar London antara Oktober 2012 hingga Januari 2015.

Dia yang berusia 39 tahun menghubung­i polis apabila kehilangan sebuah Porsche dicuri pada 31 Januari 2015 sebelum didakwa di mahkamah.

Chirag didapati bersalah dan dipenjara lapan tahun di Mahkamah Crown Croydon pada Jumaat lalu, kerana melakukan konspirasi mengendali­kan barang curi dan memiliki harta jenayah berhubung penemuan deposit wang tunai lebih 440,000 pound (RM2.4 juta) yang tidak dapat dijelaskan.

Jurucakap polis metropolit­an berkata, Chirag yang membuat laporan polis enggan memberi alamat rumahnya sebaliknya memberi alamat rumah ibu bapanya.

“Namun dia akhirnya memberi alamat rumah sendiri sebelum polis menyiasat dan menemui kereta mewah di garaj bawah. Pegawai mengenal pasti salah sebuah kereta mempunyai nombor plat sama seperti yang terdapat pada kereta dilihat di luar rumah ibu bapa Chirag.

“Siasatan lanjut mendapati lima kereta di garaj itu mempunyai nombor plat palsu dan disahkan kereta curi sebelum Chirag ditahan,” katanya.

Pemangku Detektif, Sarjan Billy Clough berkata, lelaki itu berperanan penting dalam melakukan kegiatan jenayah terbabit.

“Malah dia cuba meyakinkan juri bahawa dia adalah ahli perniagaan yang sah dan bernasib malang kerana memiliki barang curi, namun juri membuat pertimbang­an dan mensabitka­nnya dengan kesalahan itu,” katanya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia