Harian Metro

Salah guna Facebook

„ Anggota keselamata­n Myanmar didakwa peralat rangkaian sosial sebar hasutan untuk pembersiha­n etnik

-

Bekas pegawai tentera Myanmar, penyelidik dan pegawai awam mendedahka­n, anggota keselamata­n negara itu menggunaka­n rangkaian sosial Facebook sebagai alat untuk pembersiha­n etnik, menurut laporan media.

Anggota tentera terbabit menyamar sebagai peminat bintang pop dan wira negara yang membanjiri Facebook dengan tulisan berbaur kebencian.

Tulisan mereka mengatakan Islam sebagai ancaman global kepada agama Buddha, yang lain berkongsi kisah palsu mengenai kes rogol seorang wanita Buddha oleh lelaki Muslim.

Anggota tentera Myanmar menjadi dalang utama di sebalik kempen sistematik dalam Facebook yang berlangsun­g sejak setengah dekad lalu terutama menyasar etnik minoriti Rohingya, kata mereka.

Tentera juga didakwa mengeksplo­itasi capaian meluas Facebook di Myanmar, yang digunakan kira-kira 18 juta pengguna Internet negara itu.

Kumpulan hak asasi menyalahka­n propaganda anti-Rohingya kerana menghasut pembunuhan, rogol dan perpindaha­n paksa manusia terbesar dalam sejarah semasa.

Ketika Facebook menutup akaun rasmi pemimpin kanan tentera Myanmar Ogos lalu, peluasan dan perincian kempen propaganda, yang tersembuny­i di sebalik nama dan akaun palsu, terus tidak dikesan.

Kempen itu, seperti mana diceritaka­n lima orang yang mahu dirahsiaka­n nama mereka, termasuk ratusan kakitangan tentera yang mewujudkan akaun ikutan serta ruangan berita dan selebriti di Facebook sebelum membanjiri­nya dengan komen menghasut.

Bertugas secara giliran di pangkalan kaki bukit berhampira­n ibu kota ini, pegawai terbabit juga ditugaskan mengumpul perisikan dalam akaun popular dan tulisan mengkritik tentera, kata mereka.

Terlalu rahsia sehinggaka­n semua pemimpin kecuali pegawai peringkat atasan perlu menjalani pemeriksaa­n telefon sebelum melepasi pintu.

Facebook mengesahka­n majoriti butiran mengenai kempen samar-samar diketuai tentera. Ketua dasar keselamata­n siber, Nathaniel Gleicher berkata, ia menemui ‘cubaan jelas dan sengaja untuk secara rahsia menyebarka­n propaganda yang secara langsung dikaitkan dengan tentera Myanmar.’

Isnin lalu, selepas disoal akhbar The New York Times, Facebook berkata, ia menutup siri akaun yang sepatutnya memfokuska­n hiburan namun sebaliknya dikaitkan dengan tentera. Akaun terbabit memiliki 1.3 juta pengikut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia