Harian Metro

Bom letup bawah sofa

-

Kandahar: Empat orang terbunuh termasuk seorang calon pilihan raya Afghanista­n, selepas bom yang diletakkan di bawah sofa meletup, kata pihak berkuasa.

Taliban pantas mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan berkenaan yang mengorbank­an Abdul Jabar Qahraman, ketika keganasan meningkat menjelang pilihan raya parlimen 20 Oktober ini.

Sepanjang musim kempen pilihan raya kali ini, 10 orang calon dilaporkan terbunuh.

Difahamkan Qahrahman sedang bertemu penyokong di pejabat kempen beliau di wilayah selatan Helmand, kubu kuat Taliban apabila sebutir bom di bawah sofa meletup, kata jurucakap gabenor Omar Zhwak kepada AFP.

Qahraman adalah calon kedua yang terbunuh di Lashkar Gah bulan ini, selepas Saleh Mohammad Asikzai menjadi antara lapan orang terbunuh dalam serangan bunuh diri minggu lalu.

Insiden berlaku sehari selepas Taliban memberi amaran kepada calon untuk menarik diri dari pilihan raya parlimen.

Hampir sembilan juta orang mendaftar untuk mengundi, namun pemerhati menjangkak­an angka keluar mengundi yang lebih kecil berikutan ancaman serangan militan dan penipuan yang berleluasa.

Lebih daripada 50,000 anggota pasukan keselamata­n Afghanista­n dikerahkan untuk melindungi pusat mengundi pada hari pilihan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia