Harian Metro

Tipu makan diri

„ Lelaki pura-pura mati untuk kaut insurans hilang keluarga selepas isteri patah hati, bunuh diri

-

Perancanga­n seorang lelaki memalsukan kematianny­a bagi mengaut untung duit insurans untuk keluargany­a memakan diri apabila isterinya yang patah hati dengan kehilangan­nya, membunuh diri bersama dua anak mereka.

Lelaki berusia 34 tahun itu yang hanya dikenali sebagai He menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu dan kini ditahan atas tuduhan penipuan insurans serta sengaja merosakkan harta, kata polis dalam kenyataan disiarkan di platform media sosial WeChat, lapor South China Morning Post.

He dari Hunan, selatan China, mengaku membeli polisi insurans bernilai 1 juta yuan (RM600,000) pada 7 September lalu tanpa memberitah­u isterinya. Dia kemudian menyewa kereta majikannya yang dipandu ke dalam sungai supaya keluargany­a boleh mendapat wang insurans terbabit, kata polis.

Malangnya, isterinya Dai Guihua, 31, patah hati dengan berita ‘kematian’ suaminya lalu meninggalk­an pesanan di WeChat pada Rabu lalu sebelum menghilang­kan diri bersama dua anak mereka berusia empat serta dua tahun.

Mayat mereka ditemui dalam tasik keesokanny­a dan polis tidak mengesyaki ia membabitka­n perbuatan jenayah.

Dalam notanya, Dai yang juga suri rumah berkata, dia hilang semangat untuk hidup dengan kehilangan suaminya.

Dai berkata, dia tertekan kerana keluarga mentua menuduhnya boros dan sakit mental, selain membantah perancanga­nnya mendapatka­n kerja di bandar.

“Saya mahu pergi bersendiri­an, tetapi tidak sampai hati meninggalk­an anak tanpa kedua-dua ibu bapa jadi saya membawa mereka bersama,” katanya yang menambah, dia sendiri membesar yatim piatu.

Menurut polis tempatan, He melakukan penipuan itu kerana berhutang lebih 100,000 yuan (RM60,000). Dalam video dimuat naik ke akaun awam WeChat, Xinhua Focus, pada hujung minggu lalu, He dilihat melutut meraung atas kematian isteri serta anaknya.

Katanya, selepas melakukan ‘kemalangan’ itu, dia pergi ke Guizhou tetapi bergegas pulang sebaik melihat pesanan isterinya dalam talian. Dia turut menjelaska­n menanggung hutang kerana anak perempuann­ya menghidap penyakit, selain hutang kereta.

Keluarga He mengesahka­n anak terbabit didiagnos dengan sawan tahun lalu dan sejak itu bergantung kepada ubat, lapor Beijing Youth Daily.

 ?? Agensi ?? HE dan isterinya. -
Agensi HE dan isterinya. -
 ??  ?? HE meraung meratap kematian keluargany­a. - Agensi
HE meraung meratap kematian keluargany­a. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia