Harian Metro

Tangkap akhirnya

- Agensi

„ Pengedar dadah paling dikehendak­i ditahan selepas muncul dalam video muzik reggaeton

Seorang pengedar dadah, antara yang paling dikehendak­i di Sepanyol ditahan selepas muncul dalam sebuah video muzik reggaeton dengan kumpulan wanita seksi.

AFP memetik jurucakap polis berkata, ketua kumpulan Los Castanas, Francisco Tejon, ditahan di La Linea de la Concepcion, sebuah bandar di selatan berhampira­n sempadan Gibraltar, kata jurucakap itu.

The Guardian melaporkan, Tejon, 39, yang diburu selama dua tahun oleh polis, menyerah diri sebaik pihak berkuasa tiba ke lokasi persembuny­iannya yang didedahkan peguamnya.

Menurut polis, Tejon mengendali­kan jaringan utama penyeludup­an hasyis di wilayah selatan Andalusia bersama adiknya Antonio, yang ditahan Jun lalu.

Dua beradik itu sebelum ini pernah melarikan diri daripada operasi polis pada akhir 2016 mengakibat­kan 30 suspek anggota kumpulan itu ditahan.

Awal bulan ini, Daily Mail melaporkan, Tejon kembali menjadi perhatian polis selepas kelibatnya dilihat muncul dalam video muzik penyanyi reggaeton Clase-A.

“Ia menunjukka­n betapa biadapnya pengedar dadah ini terhadap pasukan keselamata­n,” kata wakil Pertubuhan Awam Guardia AUGC, Jose Encinas kepada AFP.

Menurut kementeria­n dalam negeri, 40 peratus daripada dadah yang diseludup ke Sepanyol masuk melalui La Linea de la Concepcion yang terletak di wilayah Cadiz.

Kesatuan polis berkata, 30 kumpulan pengedaran dadah dengan lebih 3,000 anggota beroperasi di wilayah itu, hanya 15 kilometer dari pantai utara Maghribi. Tel Aviv: Nenek berusia 93 tahun dinobatkan sebagai ‘Ratu Mangsa Terselamat Holocaust’ dalam pertanding­an ratu cantik tahunan Israel yang diadakan bagi mengingati wanita yang mengharung­i kezaliman Nazi.

Dua belas peserta dipimpin berjalan berhati-hati di atas pentas, di bandar raya Haifa, dengan rambut didandan dan disolek rapi.

Beberapa generasi saudara-mara peserta, bersama-sama penyokong, bersorak dan mengambil gambar, menggarisk­an mesej penganjur bahawa pertanding­an itu memberikan kemasyhura­n dan penghormat­an kepada mangsa terselamat yang kini semakin kurang.

Masa remaja mereka musnah ketika tempoh perang di Eropah tetapi membina hidup baru di Israel.

“Saya sangat gembira. Ia sesuatu yang istimewa,” kata pemenang, Tova Ringer Agensi

 ??  ?? PENUNJUK perasaan membakar tayar kenderaan dalam satu rusuhan antikeraja­an di Port-au-Prince, Haiti. - Reuters
PENUNJUK perasaan membakar tayar kenderaan dalam satu rusuhan antikeraja­an di Port-au-Prince, Haiti. - Reuters
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak lelaki menaiki pelampung tiup kereta di hadapan rumahnya yang banjir akibat hujan lebat di Teunom di wilayah Aceh, Indonesia. - AFP
SEORANG kanak-kanak lelaki menaiki pelampung tiup kereta di hadapan rumahnya yang banjir akibat hujan lebat di Teunom di wilayah Aceh, Indonesia. - AFP
 ??  ?? TEJON (kanan) dan Clase-A dalam sebuah video muzik. - Agensi
TEJON (kanan) dan Clase-A dalam sebuah video muzik. - Agensi
 ??  ?? SEORANG lelaki mengayuh basikal bertemakan naga yang diperbuat daripada kayu aiskrim di Tieling di wilayah Liaoning, China. - Reuters
SEORANG lelaki mengayuh basikal bertemakan naga yang diperbuat daripada kayu aiskrim di Tieling di wilayah Liaoning, China. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia