Harian Metro

MBPP juara Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

IPOH: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) muncul juara Kejohanan Bolasepak 9 Sepasukan Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2018, berlangsun­g di Ipoh, baru-baru ini.

MBPP mengecewak­an tuan rumah, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 4-2 melalui penentuan tendangan penalti dalam perlawanan akhir di Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan MBI menguasai hampir keseluruha­n permainan dan mengasak bertubi-tubi sejak dari awal permainan.

Namun MBPP bijak menangkis serangan bertali arus tuan rumah dan berjaya mengikat lawan dengan keputusan seri 0-0 sehingga wisel penamat untuk memaksa keputusan perlawanan ditentukan menerusi tendangan penalti.

Ketua jurulatih MBI, Sooresh Rao berkata, walaupun kecewa gagal muncul juara tetapi menyifatka­n kejayaan ini merupakan pencapaian tertinggi oleh pasukan MBI

 ??  ?? PEMAIN MBPP bergambar kenangan selepas muncul juara Kejohanan bola sepak 9 sepasukan MALA 2018.
PEMAIN MBPP bergambar kenangan selepas muncul juara Kejohanan bola sepak 9 sepasukan MALA 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia