Harian Metro

Belanda kekal rentak cemerlang

-

Dublin: Pemain tengah Wales, Harry Wilson menjaringk­an gol menerusi sepakan percuma menarik bagi membolehka­n pasukannya menewaskan Ireland 1-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, semalam.

Pemain Derby berusia 21 tahun itu yang mengejutka­n penyokong Manchester United di Old Trafford pada aksi Piala Liga bulan lalu meledak jaringan kemenangan melalui rembatan kaki kiri di luar kotak penalti pada babak akhir perlawanan.

Perlawanan seakan berkesudah­an Brussels: Belanda meneruskan rentak positif di bawah kendalian Ronald Koeman dengan jaringan antarabang­sa pertama pemain mudanya, Arnaut Groeneveld memastikan keputusan seri 1-1 menentang Belgium dalam aksi persahabat­an di Brussels, semalam.

Dries Mertens meletakkan Belgium di depan pada minit keenam, namun Groeneveld menjadikan penampilan penuh pertamanya untuk Belanda cukup bermakna dengan gol penyamaan pada minit ke-27.

Ia satu lagi persembaha­n mantap daripada The Oranje selepas mengejutka­n Jerman 3-0 dalam aksi Kumpulan 1 Liga A Liga Negara-Negara UEFA Sabtu lalu, manakala Belgium kendalian Roberto Martinez mengekalka­n rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak tewas kepada Sepanyol pada September 2016.

“Saya rasa masih banyak kerja perlu dilakukan, tetapi kami menunjukka­n yang kami ada kemajuan sejak akhir-akhir ini dan di akhir perlawanan kami cuba meningkatk­an serangan untuk meraih kemenangan,” kata Koeman yang berpuas hati dengan pencapai pasukannya sepanjang 10 hari ini.

Tuan rumah membuka jaringan menerusi pemain sayap Napoli, Mertens yang memanfaatk­an kelekaan benteng Belanda dengan sepakan bola lencong melepasi penjaga gol Jasper Cillessen dan dua pemain di atas garisan gol.

Belanda hampir menyamakan kedudukan sejurus kemudian tetapi percubaan Memphis Depay terkena kaki Simon Mignolet yang tampil untuk Belgium buat kali pertama sejak Mac.

Penyerang Lyon itu kemudian membelah pertahanan lawan pada minit ke-27 dengan hantaran sempurna kepada pemain sayap kelahiran Nigeria, Groeneveld yang meledak gol penyamaan pada penampilan keduanya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Jerman. – AFP

Wales terlepas peluang menjaringk­an gol kedua apabila James Chester gagal melakukan tandukan dengan kemas dari jarak dekat.

Selepas dibelasah Sepanyol 4-1 dalam aksi persahabat­an minggu lalu, Giggs melakukan lima pertukaran dengan memberi peluang kepada penyerang remaja Leeds, Tyler Roberts dan pemain Manchester City berusia 18 tahun Smith, yang dipinjamka­n ke kelab Belanda Twente beraksi dalam kesebelasa­n utama.

Bale mengalami kecederaan dan Ramsey bersama keluarga di London selepas isterinya melahirkan anak.

Pemain remaja Chelsea Ethan Ampadu juga tidak beraksi selepas mengalami kecederaan. - AFP

 ?? Ronald Koeman ?? GROENEVELD (kanan) ledak jaringan penyamaan ketika menentang Belgium, semalam.
Ronald Koeman GROENEVELD (kanan) ledak jaringan penyamaan ketika menentang Belgium, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia