Harian Metro

Nanti detik juara

- Reuters

„ Marquez mahu rai kemenangan bermakna di litar sendiri

Marc Marquez menyedari bahawa pasukannya Honda pasti gembira jika kejuaraan dunia MotoGP itu diraikan di gelanggang sendiri, Grand Prix (GP) Jepun, Ahad ini tetapi penunggang Sepanyol itu tidak dapat memberi sebarang jaminan.

Kemenangan di Litar Motegi akan mengesahka­n kejuaraan dunia ketiga MotoGP berturut-turut buat jaguh berusia 25 tahun itu sekali gus menyamai pencapaian legenda Australia, Mick Doohan sebagai pelumba ketiga paling berjaya dalam kelas elit berkenaan.

Doohan memiliki lima kejuaraan dunia manakala pelumba Itali, Valentino Rossi di kedudukan kedua terbaik (tujuh kejuaraan) di belakang seorang lagi pelumba Itali, Giacomo Agostini (lapan).

Marquez ketika ini memiliki kelebihan 77 mata di depan pencabar utamanya Andrea Dovizioso dari Itali berbaki empat perlumbaan dengan setiap pusingan memberikan 25 mata kejuaraan.

“Saya tahu dan faham yang ia akan menjadi sesuatu yang amat penting buat Honda untuk cuba dan meraikan sesuatu yang bermakna pada Ahad ini,” kata penunggang kelahiran Sepanyol itu. “Tetapi ia tidak mudah kerana Dovizioso amat bagus, amat pantas dan dia amat kompetitif.”

Marquez yang mampu dinobat juara dunia sekali pun tidak memenangi perlumbaan pada Ahad ini bergantung kepada keputusan yang diraih Dovizioso mengesahka­n kejuaraan dunia pada 2014 dan 2016 di Jepun.

Begitupun, Dovizioso yang menunggang jentera Ducati memenangi perlumbaan tahun lalu di Motegi.

“Kami akan cuba untuk menang pada Ahad tetapi jika ia tidak menjadi kenyataan kami perlu mengumpul mata kerana pada akhirnya, sasaran utama kami adalah berada di kedudukan teratas kejuaraan selepas perlumbaan terakhir,” kata Marquez.

“Kami perlu terus berusaha keras dan mengekalka­n mentaliti yang sama, tumpuan yang sama, untuk mencapai sasaran akhir kami, impian kami, iaitu untuk menjadi juara dunia pada 2018.”

Marquez dan rakan senegarany­a,

Jorge Lorenzo (juara 2012, 2015) yang akan menyertai pasukan Honda musim depan mendominas­i kancah MotoGP sejak kali terakhir dimenangi pelumba Australia, Casey Stoner pada 2011.

Legenda Yamaha, Rossi yang merangkul kejuaraan dunia ketujuhnya pada 2009 ketika ini menghuni tangga ketiga

kejuaraan.

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia