Harian Metro

Kyrgios teruja sambutan penonton

-

Nick Kyrgios ‘terkejut’ dengan sambutan diberikan penonton ketika menewaskan bintang muda Russia, Andrey Rublev, 6-3, 4-6, 6-4 pada pusingan pertama Piala Kremlin, semalam.

Pemain Australia itu yang juga pilihan kelima di Moscow, melepaskan 24 pukukan ‘ace’ bagi melengkapk­an kemenangan pertama ke atas bintang Russia berusia 20 tahun itu.

“Saya suka bermain di gelanggang tertutup dan kerap menentang Andrey ketika peringkat remaja. Dia mempunyai masa depan kerjaya yang cerah,” kata Kyrgios.

“Saya memang terkejut kerana penyokong di sini turut bersorak dan bertepuk tangan untuk saya. Ia amat bagus.

“Biasanya apabila saya tidak bermain di tempat sendiri saya kurang disenangi penonton tetapi saya rasa sangat bagus apabila mendengar penonton bersorak gembira. Saya rasa seperti di tempat sendiri biarpun bermain di sana,” katanya.

Kyrgios berusia 23 tahun kini menduduki ranking ke-37 terbaik dunia, bergelut dengan masalah kecergasan dan pretasi tidak menentu pada tahun ini, dijadual bertemu Mirza Basic untuk penentuan kelompok 16 pemain terbaik, selepas pemain pemain Bosnia berkenaan menewaskan bintang Tunisia, Malek Jaziri, 7-6 (7-4), 6-2.

Juara bertahan, Damir Dzumhur pula terpaksa berputih mata dan gagal mempertaha­nkan gelarannya selepas tersingkir di pusingan pertama kepada pemain Belarus Egor Gerasimov.

Pemain Bosnia itu tewas 6-1 6-7 (5/7), 6-2 kepada pemain ranking nombor 217 terbaik dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia