Harian Metro

Menang dramatik

- AFP

„ Tandukan Miranda bantu Brazil atasi Argentina 1-0

Brazil mencatat kemenangan dramatik 1-0 ke atas Argentina menerusi tandukan Miranda pada masa kecederaan dalam aksi persahabat­an di Jeddah, Arab Saudi, semalam.

Pemain pertahanan tengah Inter Milan itu menjaringk­an gol selepas menerima bola hasil sepakan sudut yang disempurna­kan Neymar

pada minit ke-93 ketika perlawanan antara dua gergasi Amerika Selatan itu seakan berkesudah­an tanpa jaringan.

Ketangkasa­n pertahanan Argentina menyebabka­n Brazil terpaksa menunggu lama untuk mencari gol kemenangan.

Walaupun berusia 34 tahun, Miranda yang menghabisk­an masa bermain di Perancis dan Sepanyol berkata, dia tidak terfikir untuk bersara dan mahu terus menyarung jersi kuning Brazil.

“Saya mungkin sudah berusia tetapi fizikal saya masih berada pada tahap terbaik dan sudah tentu mahu terus bermain untuk pasukan kebangsaan. Masih banyak yang mahu saya tonjolkan dengan memakai jersi ini,” katanya.

Brazil meningkatk­an serangan pada babak akhir perlawanan dan Neymar hampir menjaringk­an gol beberapa minit sebelum Miranda meledak gol dramatikny­a.

Casemiro juga hampir

(gambar)

menjaringk­an gol selepas melakukan rembatan bebas dari jarak 25 kaki hasil gerakan yang diilhamkan Neymar namun tersasar di sebelah kiri gawang yang dikawal Sergio Romero.

Peluang terbaik Argentina pula hadir ketika perlawanan memasuki tempoh hampir sejam, apabila Leandro Paredes melepaskan rembatan sehingga memaksa penjaga gol Brazil, Alisson melayangka­n badan untuk menyelamat­kan bola daripada menerjah gawangnya.

Brazil dibarisi ramai nama besar yang bermain dengan pasukan ternama termasuk bintang Manchester City, Gabriel Jesus, pemain Barcelona, Philippe Coutinho, dan Roberto Firmino (Liverpool) bersama Neymar di bahagian serangan.

Argentina pula beraksi tanpa beberapa pemain utama termasuk Lionel Messi, bintang Manchester City, Sergio Aguero, pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria dan penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain.

Messi tidak beraksi dalam empat perlawanan terakhir Argentina sejak kempen mengecewak­an Piala Dunia di Russia.

Pemain itu meminta dikecualik­an daripada tugasan antarabang­sa menjelang Copa America di Brazil tahun depan.

Perlawanan di Jeddah itu adalah yang ke-105 membabitka­n dua seteru utama itu dengan Brazil menang 41 dan seri 26 kali.

Perlawanan terakhir mereka ialah pada Jun 2017 di Australia dalam aksi persahabat­an dengan Argentina menang 1-0 tetapi Brazil menang 3-0 dalam aksi kompetitif iaitu kelayakan Piala Dunia pada

November 2016.

 ??  ?? MIRANDA (dua dari kiri) meraikan gol ketika bertemu Argentina, di Jeddah, kelmarin.
MIRANDA (dua dari kiri) meraikan gol ketika bertemu Argentina, di Jeddah, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia