Harian Metro

Luka lama tewas kepada NS masih berbekas: Mohd Ashari

-

Kuala Terengganu: Luka lama ditewaskan Negeri Sembilan 1-2 dalam aksi final Piala Malaysia 2011 masih lagi berbekas buat penyerang ‘otai’ Terengganu FC (TFC), Mohd Ashari Samsudin.

Malah lebih menyedihka­n penyerang berusia 33 tahun itu berjaya meledak gol pendahulua­n pada minit ke-59 sebelum tewas hasil jaringan S Kunanlan dan Hairuddin Omar pada minit ke-81 dan 86.

Justeru pemain tunggal skuad 2011 itu yang masih lagi setia bersama Penyu musim ini tidak rela episod malang itu terus berulang sebaliknya pemain yang digelar ‘The Silent Killer’ itu mahu melangkah ke final bagi mengulangi pencapaian itu dan seterusnya merangkul piala berprestij itu.

“Setakat ini saya bebas daripada kecederaan, malah tahap keyakinan saya dan rakan sepasukan juga cukup tinggi untuk berdepan juara Liga Super itu yang juga juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Tazim (JDT) pada separuh akhir kedua di tempat mereka Sabtu ini.

“Saya tidak mahu bercakap besar, tapi jika disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama, saya tiada pilihan lain kecuali mahu buktikan corak permainan masih lagi bertenaga dan mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada pasukan dalam aksi penting itu.

“Selain itu, ini adalah peluang terbaik buat saya dan rakan sepasukan untuk mencipta sejarah menjulang piala kebanggaan negara itu lebih-lebih lagi sepanjang karier, saya belum pernah merasai nikmat meraih piala itu,” kata penyerang kelahiran Rawai, Marang.

Berdasarka­n rekod, bekas penyerang kebangsaan musim 2008 hingga 2013 itu berjaya meledak sebanyak 76 gol sepanjang 229 penampilan­nya dalam saingan liga bermula 2005 hingga kini ketika mewakili skuad Penyu dan Pahang pada tahun lalu.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu FC giat berlatih di Padang C Gong Badak sebagai persiapan untuk bertemu dengan JDT.
PEMAIN Terengganu FC giat berlatih di Padang C Gong Badak sebagai persiapan untuk bertemu dengan JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia