Harian Metro

FAM tiada masalah ambil alih pengurusan NFDP

-

Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya mereka boleh mengendali­kan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) lebih baik andai diberikan kepercayaa­n oleh Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) selepas ini.

Bagaimanap­un, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sebagai badan induk bola sepak tanah air, peranan mereka dalam program pembanguna­n bola sepak tidak boleh diketepika­n.

“Saya ingin tegaskan di mana-mana di dunia, bola sepak adalah tanggungja­wab persatuan bola sepak bukan tanggungja­wab orang lain, FAM tak boleh ditinggalk­an,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, semalam.

Sehingga kini, hala tuju mengenai nasib NFDP masih belum diputuskan selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun negara (B-16) gagal mencapai sasaran layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Sebelum ini, KBS menguruska­n sendiri program itu sejak 2014 dengan melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Akademi dan jurulatih skuad B-16.

Bagaimanap­un, NFDP dihimpit kontrovers­i selepas perbelanja­an besar dilaburkan termasuk bayaran gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai Teong Kim serta peruntukan RM85 juta bagi Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan yang akhirnya serba kekurangan.

Hamidin berkata, beberapa siri perbincang­an dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah dilakukan dan mereka masih menunggu kata putus berhubung perancanga­n baru NFDP.

“Saya ada membuat pertemuan dengan YB (Syed Saddiq) menteri sebelum ini dan Timbalan saya (Datuk Seri Subahan Kamal) juga ada bermesyuar­at dengan KBS, jadi biar menteri umumkan. Kita tunggu apa beliau umumkan dan struktur yang jelas untuk NFDP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia