Harian Metro

J Ambil peluang belajar

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

„ Cheng Hoe mahu pemain ambil positif kekalahan di tangan Kyrgyzstan

urulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu barisan negara mengambil pengajaran daripada kekalahan 0-1 kepada Kyrgyzstan pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Hang Jebat kelmarin dalam misi persiapan penting menjelang Piala AFF November depan.

Cheng Hoe juga menganggap pertemuan itu amat positif bagi meningkatk­an kekuatan mental dan fizikal pemain ketika berdepan skuad mantap di ranking ke-91 dunia itu.

Katanya, perbezaan kualiti kedua-dua pasukan tetap wujud, namun kesungguha­n pemain negara menafikan sebarang keistimewa­an lawan amat membanggak­an.

“Persembaha­n pemain tetap dipuji kerana berjaya merencana banyak peluang untuk meledak gol, namun setiap usaha tidak menjadi sama ada tersasar, diselamatk­an pertahanan dan penjaga gol lawan.

“Apapun, aksi ini menjadi pentas untuk pemain belajar sesuatu yang positif menjelang perlawanan persahabat­an berdepan Maldives dan Piala AFF kelak,”katanya.

Dalam perlawanan itu, skuad bimbingan Cheng Hoe memiliki lebih sembilan percubaan bahaya yang seharusnya membuahkan hasil termasuk rembatan Nurshahrul Idlan Talaha yang terkena palang gol pada babak pertama.

Diikuti tandukan Zaquan Adha Abd Razak yang turut diselamatk­an penjaga gol, Matias Pavel, selain percubaan tersasar Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid pada penghujung babak kedua.

Jaringan kemenangan Kyrgyzstan hadir menerusi rembatan Sagynbaev Bekzhan pada minit ke-68 menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang cemerlang sepanjang perlawanan.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata, kecederaan pemain pertahanan Matthiew Davies dijangka mengambil tempoh dua minggu untuk pulih, namun semuanya berdasarka­n laporan doktor dan pemeriksaa­n lanjut.

 ?? Tan Cheng Hoe ?? Persembaha­n pemain tetap dipuji kerana berjaya merencana banyak peluang untuk meledak gol, namun setiap usaha tidak menjadi sama ada tersasar, diselamatk­an pertahanan dan penjaga gol lawan” PEMAIN negara, Shahrul Mohd Saad (tiga dari kanan) mengasak pemain Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
Tan Cheng Hoe Persembaha­n pemain tetap dipuji kerana berjaya merencana banyak peluang untuk meledak gol, namun setiap usaha tidak menjadi sama ada tersasar, diselamatk­an pertahanan dan penjaga gol lawan” PEMAIN negara, Shahrul Mohd Saad (tiga dari kanan) mengasak pemain Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia