Harian Metro

Gores dan menang kebas wang RM23,937

-

Mukah: Dua kes penipuan peraduan gores dan menang dilaporkan berlaku di daerah ini tahun ini membabitka­n kerugian RM23,937.

Ketua Cawangan Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah, Moss Baok berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati kedua-dua kes itu membabitka­n syarikat yang sama.

Justeru, beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya bertindak melulu jika menerima tawaran peraduan gores dan menang daripada ejen jualan langsung.

“Walaupun hanya dua aduan kami terima dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kerugian dialami mangsa agak besar.

“Justeru, pengguna harus melakukan semakan dan mendapatka­n maklumat lengkap sebelum memberikan persetujua­n bagi membuat transaksi,” katanya kepada NSTP, semalam.

Mengenai tindakan penguatkua­saan di Mukah sepanjang Januari hingga 16 Oktober ini, Moss berkata, 39 premis diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Kita akan sentiasa melakukan pemeriksaa­n dan penguatkua­saan bagi mengesan perbuatan tidak bertanggun­gjawab peniaga menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

Moss berkata, kelmarin, pihaknya memeriksa premis makanan di sekitar Mukah.

Ia dilakukan bagi mengesan kenaikan harga makanan berikutan Mukah menjadi tumpuan ramai sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pelajaran (PSKPP) Peringkat Negeri Sarawak, hujung minggu ini.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan ke atas premis makanan serta minuman sempena PSKPP
Peringkat Negeri Sarawak.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemantauan ke atas premis makanan serta minuman sempena PSKPP Peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia