Harian Metro

Lelaki mabuk maut terjun tingkat tiga bangunan kedai

-

Lelaki mati akibat parah di kepala selepas terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kedai di Morsjaya di sini, jam 1.20 pagi, semalam.

Lelaki berusia 34 tahun itu disahkan mati jam 6.35 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Miri.

Menurut sumber, lelaki terbabit bersama keluarga dikatakan baru tiba ke Miri dari Lapok untuk bekerja dan menyewa bilik di bangunan berkenaan.

Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki terbabit dipercayai mabuk dan turut berkelakua­n pelik.

“Saksi kejadian yang juga ahli keluarga lelaki itu mendakwa melihat lelaki terbabit berjalan ke arah ampaian bangunan berkenaan.

“Ahli keluarga cuba menghalang dia dan menariknya namun gagal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahka­n kejadian terbabit dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia