Harian Metro

JPGN adakan mesyuarat bincang penempatan anggota pasukan keselamata­n

-

Kuching: Jawatankua­sa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Sarawak akan mengadakan mesyuarat bagi membincang­kan penempatan anggota pasukan keselamata­n untuk meningkatk­an kawalan di sempadan negeri ini dengan Indonesia dan Brunei.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata, beliau akan mempengeru­sikan bersama mesyuarat bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM), Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak Datuk Khaw Kok Chin serta Panglima Briged Ketiga Infantri TDM Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Azman berkata, berdasarka­n kekuatan sedia ada, PGA sememangny­a memerlukan lebih ramai anggota untuk ditugaskan di pos sempadan di seluruh negeri ini.

“Bagaimanap­un, kita perlu menyelaras­kannya dengan pasukan keselamata­n lain khususnya pihak tentera kerana kawasan sempadan negeri ini yang terlalu panjang memerlukan perancanga­n operasi yang rapi bagi memastikan keberkesan­an tindakan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Briged PGA Sarawak di Kem Batu Kawa, semalam.

Azman berkata, usaha PGA Briged Sarawak dalam mengawal dan menjaga keselamata­n di sempadan negeri ini dengan Kalimantan Barat, Indonesia serta Brunei ternyata berkesan terutamany­a membantu mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Dalam tempoh Januari hingga 15 Oktober tahun ini sahaja, PGA Briged Sarawak berjaya melakukan rampasan barangan bernilai lebih RM12 juta menerusi Operasi Awas, Operasi Batas serta Operasi Libas yang dilancarka­n di sepanjang sempadan negeri ini,” katanya.

 ??  ?? AZMAN memeriksa perbarisan ketika mengadakan lawatan ke Briged PGA Sarawak di Kem Batu Kawa, semalam.
AZMAN memeriksa perbarisan ketika mengadakan lawatan ke Briged PGA Sarawak di Kem Batu Kawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia