Harian Metro

Operasi SAR kesan warga India diteruskan

-

Miri: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga India yang dikhuatiri lemas berhampira­n Jeti Ekspres Lama Kuala Baram sejak Isnin lalu diteruskan jam 11 pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, setakat ini, mangsa dikenali sebagai Azad, 26, masih belum ditemui.

“Operasi SAR membabitka­n anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng. Radius pencarian membabitka­n kawasan seluas dua kilometer ke hulu dan ke hilir sungai, ia dijangka diperluask­an sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Kali terakhir mangsa dilihat ialah ketika makan dan minum bersama rakan-rakannya di atas sebuah kapal tunda milik syarikat kuari berhampira­n jeti itu pada Ahad lalu.

Kehilangan mangsa hanya disedari keesokanny­a sebelum ia dilaporkan kepada bomba.

Operasi SAR turut membabitka­n polis dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Daerah Miri.

 ??  ?? ANGGOTA bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat lelaki warga India yang dikhuatiri lemas berhampira­n Jeti Ekspres Lama Kuala Baram.
ANGGOTA bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat lelaki warga India yang dikhuatiri lemas berhampira­n Jeti Ekspres Lama Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia