Harian Metro

Polis temui kesan luka

-

Penampang: Polis menemui kesan luka pada mayat lelaki yang ditemui terbaring di lubang dalam bangunan di Towering, Jalan Penampang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada luka itu disebabkan kesan mangsa terjatuh ke dalam lubang berkenaan atau sebab lain.

“Mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE) untuk bedah siasat.

“Punca sebenar kematian mangsa akan diketahui selepas bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya dihubungi semalam.

Kelmarin, mayat mangsa dikenali sebagai Jamal, 30-an ditemui dalam lubang itu jam 12 tengah hari.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia