Harian Metro

Gajah gading pendek, bengkok

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

„ Perubahan fizikal Pygmy Borneo dikesan sejak 4 tahun lalu

Penyelidik­an perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca perubahan fizikal ke atas gajah Pygmy Borneo terutama pertumbuha­n gading.

Pendapat itu disuarakan Pengurus Operasi Santuari Gajah Borneo (BES), Jibius Dausip yang mendedahka­n antara perubahan fizikal ketara ialah gading semakin pendek, membengkok ke belakang dan fenomena terbaharu yang dikesan sejak kira-kira empat tahun lalu iaitu ada gajah jantan langsung tidak memiliki gading.

Beliau berkata, berbanding sekitar 1970-an hingga 1980-an, gading gajah yang ditemui di negeri ini boleh mencecah sehingga 1.5 meter panjang.

Selepas itu, katanya, perubahan berlaku apabila kebanyakan gajah jantan yang ditemui di Sabah hanya memiliki gading sepanjang antara 0.4 hingga 0.9 meter.

“Dulu di Kinabatang­an, kita masih boleh lihat gajah jantan dengan panjang gading semua lebih satu depa dalam sesuatu kumpulan. Sekarang, dalam satu kumpulan cuma boleh jumpa satu atau dua gajah jantan dewasa tetapi bukan dengan gading yang panjang,” katanya.

BES adalah tempat perlindung­an gajah pertama di Borneo berkeluasa­n 25 hektar, terletak di Lot 8, Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an yang dibina khusus bagi menyelamat dan merawat gajah sebelum dilepaskan semula ke hutan simpan.

Jibius yang berpengala­man lebih 35 tahun dalam penyelamat­an hidupan liar dan 27 tahun dalam pengawalan serta penyelamat­an gajah di Sabah berkata, fenomena terbaharu yang berlaku ke atas Pygmy Borneo kebelakang­an ini lebih mengejutka­n apabila ada antaranya tidak memiliki gading.

Sama ada gading gajah tidak tumbuh atau mungkin rapuh, katanya, ia memerlukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca.

“Mengapa gading gajah boleh berubah, semakin rapuh atau ada yang tiada gading? Ia antara kajian penting dalam usaha kita memulihara spesies gajah yang semakin pupus di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? JIBIUS bersama seekor daripada dua gajah Pygmy Borneo yang ditempatka­n di pusat perlindung­an.
JIBIUS bersama seekor daripada dua gajah Pygmy Borneo yang ditempatka­n di pusat perlindung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia