Harian Metro

Hujan berterusan kurangkan hasil tani

-

Kota Kinabalu: Cuaca kurang baik dengan hujan berterusan kebelakang­an ini menyebabka­n hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di Pasar Tani Asia City di sini, berkuranga­n.

Menurut peniaga buah, Saintim Gohan, 54, minggu ini dia hanya menjual pisang dan labu yang dipetik lebih awal kerana bimbang ia rosak disebabkan cuaca.

“Selalunya saya jual pelbagai jenis buah termasuk buah bermusim seperti rambutan, durian dan tarap. Tetapi hari ini, saya hanya dapat jual pisang dan labu kerana keadaan cuaca kurang baik sejak kebelakang­an ini.

“Buah-buahan banyak rosak disebabkan hujan lebat,” katanya ditemui di pasar tani itu semalam.

Peniaga sayur, Nurmidah Hasan, 40, berkata, hujan yang kerap sejak kebelakang­an ini menyebabka­n bekalan sayur-sayuran semakin berkuranga­n.

“Biasanya saya dapat bekalan sayur-sayuran daripada petani di beberapa daerah termasuk Tuaran dan Tamparuli.

“Sepanjang minggu ini, cuaca kurang baik dan saya cuma dapat cili padi satu setengah kilogram, kacang bendi dua pek dan beberapa sayur lain dalam kuantiti kecil,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut Nurmidah, walaupun bekalan sayur berkuranga­n tetapi harga sayur-sayuran tidak meningkat.

 ??  ?? NURMIDAH tidak menaikkan harga sayur.
NURMIDAH tidak menaikkan harga sayur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia