Harian Metro

BES penyelamat konflik Pygmy Borneo

-

Kinabatang­an: Sejak diwujudkan lebih empat tahun lalu, Santuari Gajah Borneo (BES) menempatka­n antara tiga hingga lima gajah Pygmy Borneo yang cedera atau diselamatk­an daripada kawasan konflik di negeri ini.

Ia adalah pusat perlindung­an gajah pertama di Borneo bagi melindungi spesies gajah dalam jangka panjang, susulan peningkata­n konflik akibat kemusnahan habitat secara drastik.

Kaji selidik Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia pada 2010, mendapati populasi gajah di negeri ini kurang daripada 2,500 ekor dan dikategori­kan spesies terancam berdasarka­n kriteria senarai merah Kesatuan Pemulihara­an Dunia (IUCN).

Sepanjang tahun ini, sebanyak 27 ekor gajah ditemui mati dengan sebahagian besar dipercayai akibat jerat.

Pengwujuda­n BES adalah selaras usaha melindungi spesies hidupan liar terancam itu dengan idea pembanguna­n kemudahan bermula tahun 2000 dilaksanak­an JHLS dengan kerjasama Borneo Conservati­on Trust dan dibiayai Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pengarah JHLS, Augustine Tuuga berkata, ia dibangunka­n hasil kaji selidik jabatan terbabit sejak 10 tahun lalu selepas mendapati ancaman terhadap gajah berikutan konflik dengan manusia memerlukan usaha menubuhkan semula koridor ekologi bagi kelangsung­an spesies berkenaan.

“Antara cabaran kami hadapi sekarang adalah kawasan hutan terpisah-pisah, berkelompo­k dan terpencil menyebabka­n isu konflik manusia dan gajah semakin meningkat.

“Jika BES siap sepenuhnya, kita jangka boleh menempatka­n sekurang-kurangnya 20 ekor gajah yang cedera dan diselamatk­an daripada kawasan konflik untuk dirawat dan dilindungi di pusat ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia