Harian Metro

Faizal ‘pergi’ lepas koma 6 hari

-

Kuala Lumpur: Selepas enam hari tidak sedarkan diri, pemain futsal dari Sabah, Faizal bin Alli, 41, yang disambar petir ketika menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) di Bukit Jalil di sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini, jam 11.02 pagi semalam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) di hospital sama selepas dikejarkan ke hospital 13 Oktober lalu.

Pihak Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil tindakan sewajarnya bersama-sama keluarga bagi urusan penghantar­an pulang jenazah untuk dikebumika­n di Tawau, Sabah.

Media sebelum ini melaporkan tiga pemain futsal cedera akibat disambar petir ketika menyertai perlawanan peringkat kebangsaan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, jam 4.30 petang.

Unit Komunikasi Korporat Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan mengatakan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan menerima rawatan kecemasan.

Salah seorang daripada mangsa pemain yang turut disambar petir Abdul Wahid Habib Abdullah, 25, memberitah­u mereka dimaklumka­n pengurus pasukan bahawa permainan akan dihentikan jika cuaca buruk.

Namun, apa yang berlaku, permainan diteruskan walaupun hujan lebat kira-kira jam 4 petang.

Dia yang bermain untuk pasukan Sri Aman dari Tawau, Sabah berkata, kejadian berlaku ketika pasukannya baru sahaja mahu memulakan perlawanan menentang pasukan wakil dari Terengganu sebelum tiba- tiba disambar petir.

Salah seorang lagi mangsa wanita berasal dari Terengganu bagaimanap­un dibenarkan keluar dari hospital sehari selepas kejadian.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 Oktober
lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 Oktober lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia