Harian Metro

Rayu salur maklumat buru pemandu

-

Putrajaya: Keluarga mangsa langgar lari yang berlaku di depan Shaftsbury Square, Cyberjaya, dekat sini, memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang menimpa Wan Amirah Wan Alias, 31, tampil membuat laporan polis.

Sepupu mangsa, Faris Fazli, 32, berkata, sebagai orang yang rapat dengan arwah, dia memohon bantuan rakyat Malaysia supaya dapat bersama-sama membantu keluargany­a untuk menyalurka­n maklumat kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, maklumat dan laporan polis yang dibuat itu nanti diharap dapat membantu mengesan individu yang terbabit dengan kejadian langgar lari itu untuk diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Saya menggesa

netizen atau rakyat Malaysia yang ada maklumat, tampillah ke hadapan atau buat laporan polis supaya individu yang terbabit dapat ditangkap dengan segera.

“Saya terlalu rapat dengan arwah, beza umur kami cuma setahun dan kami membesar bersama-sama. Terlalu banyak kenangan dengan dia. Dia seorang yang kelakar dan ‘nakal’. Semua orang menyayangi­nya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya di sini, semalam.

Seorang rakan yang rapat dengan Wan Amirah, Suhaili Yahaya berkata, kejadian yang menimpa rakannya itu adalah satu kehilangan besar kepada dirinya serta rakan lain di pejabat.

“Kami sudah merancang untuk pergi ke Janda Baik esok (hari ini) untuk bercuti bersama-sama rakan yang lain, tetapi tidak menyangka kejadian ini menimpa Amirah sebelum kami sempat pergi ke sana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahka­n mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, semua elemen sudah digerakkan bagi mengesan suspek yang memandu kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftara­n BHS 7999 yang dipercayai terbabit dengan kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ?? Faris ?? Saya menggesa netizen atau rakyat Malaysia yang ada maklumat, tampil lah ke hadapan atau buat laporan polis supaya individu yang terbabit dapat ditangkap dengan segera”
Faris Saya menggesa netizen atau rakyat Malaysia yang ada maklumat, tampil lah ke hadapan atau buat laporan polis supaya individu yang terbabit dapat ditangkap dengan segera”
 ??  ?? JENAZAH Wan Amirah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya.
JENAZAH Wan Amirah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia